Tuesday, 31 July 2012

MENGINGINKAN PELUANG

dia datang hanya sekali
cukuplah sekali sahaja kehadiran dia
walaupun hanya sekali, 
dia dapat memeriahkan hidup kita selamanya

Allah memberikan kesempatan untuk mengenalnya
perkenalan itu diingati hingga ke akhir hayat
pertemuan hanya berapa detik
mampu menjadi kesan lama.

tetapi sayang, 
dia mengunci hatinya
dan tak benarkan sesiapa untuk masuk
masuk untuk menawan hatinya

benarkanlah seseorang untuk masuk 
"saya tahu awak boleh lapangkan ruang kosong untuk saya,
saya tak kisah siapa duduk hotel hati awak sebelum ini
saya dengar hati awak,
tapi awak berpura pura mengatakan tiada ruang kosong".

"jangan ganggu", itu yang tertulis,
"awak tutup, kunci hotel hati awak,
tidak membenarkan sesiapa membuka kunci".


"berikan saya peluang
untuk saya kekal mendaftar dalam hati awak.
berikan ruang untuk saya
mungkin saya boleh membahagiakan awak."

beriku peluang itu, 
mungkin kekalkan hingga ke jannah 
pertemuan sesingkat itu dapat mengubah segalanya
mengubah hidup 2 insan.



mengharapkan kau adalah jodohku sayang :D








Saturday, 21 July 2012

RAMADHAN



kini dia datang sekali lagi dalam hidup kita.
bersyukur kerana dapat merasa sekali lagi bulan penuh dengan kesucian ini.
diberi peluang oleh Allah S.W.T untuk memohon keampunan. 
bulan yang dinanti-nantikan oleh umat islam.
umat manusia berpusu pusu melakukan pahala di bulan ini.
mengaut pahala.
lakukanlah perkara baik
seperti kamu akan meninggal pada hari esok.
lakukanlah perkara yang baik
dengan niat yang ikhlas :)


bersyukurlah kamu kerana
kamu berada di atas dunia ini.
bersyukurlah kamu kerana 
kamu masih boleh menyirup udara segar.
bersyukurlah kamu kerana 
masih boleh memohon keampunan
bersyukurlah kamu kerana
masih boleh berpijak atas dunia yang hanya dipinjam kepada kita.
bersyukurlah kamu kerana  
ALLAH MASIH MEMBERI PELUANG UNTUK KAMU HIDUP.

moga bulan ini menjadi platform untuk kita mengaut pahala. :)
dan menjadi bulan yang terbaik.





Wednesday, 18 July 2012

3 DAYS AT PARIT BUNTAR

bertarikhkan 7 JULAI 2012.
bertempat di Parit Buntar,Perak.
ikut Sahabatku NURUL SHUHADA BT ASAT.
tujuan aku ikut nurul sebab nak rasa macam mana perasan duduk dalam bus selama 7 ke 8 jam.
aku tak rasa panjang sebab aku asyik tidur je kot. so, tak berapa nak rasa perjalanan yang jauh tu.
rasa mual lah bila masuk bus tu sebab ada bau buah yang busuk gila. bau macam orang muntah.
okay. gedegang gedegang tup tup dah sampai kat Parit Buntar.

ssampai sana dalam 5pg lbh. ayahanda nurul ambil kami. Aku disambut mesra oleh ibu Nurul.
ibu nurul baik gila. aku terasa segan pulak. 
Pagi tu, bangun awal, sebab hari sabtu hari pernikahan. warna tema ialah warna pink. 
Si Puteri memang cantik.

Si Puteri menanti saat debaran.

Alhamdulillah, sudah diijab kabul. 

sempat jugak lah nak amik sekeping dua dengan pengantin :)


Pada keesokkan harinya, tibalah hari persandingan.
tema warna merah. kali ni aku tak dapat nak sama warna dengan tuan rumah. 
macam biasa. pesan Si Ibu, "pakai baju ni bila ada events saja.".
ni baju hari jadi :) ibu buat :))

sempat ber'over' dengan nurul.

 keluarga cik NURUL SHUHADA BT ASAT :)



selepas perkahwinan akak kak emy. keesokkan harinya. kami pergi ke PEKAN LAMA n BAN PECAH.
BAN PECAH dimana kita dapat lihat sawah padi bersebelahan dengan laut. amazing?
pada mulanya aku pun fikir macam pelik. then, tengok. memang betul. alaa. dah banyak keluar tb ni.
macam ni cerita dia. ada legenda. dulu. ada anak yatim. orang makan duit dorang, so nak pendekkan cerita. anak yatim tu berdoa agar sawah padi ditenggelamkan oleh laut.
then, sampai sekarang padi bersebelahan dengan laut. tu lah lagenda dia.
kami pergi pekan lama. dekat parit buntar.




bersama mi udang. :D


okay. kat sini ban pecah. boleh tengok belah kanan sawah  parit, kat kiri laut. unbelievable?
HAHAHA

ini kami :)


sebenarnya yang bawa kami ni kakak nurul, kak za ngan tunang dia.
tapi takut nak upload. tak mintak permission dia. mereka sangat SWEET .
serious gila. kenal seminggu terus tunang. masya-Allah :)
bermula dari sini lah niat berkobar kobar nak kahwin datang. ingin mendirikan masjid baru. insyaAllah. jika diizinkan Allah. mengharapkan jodoh akan datang dengan cepat. ehh. :)

sekian sahaja cerita melalut aku :)
ASSALAMMUALAIKUM  :D





Wednesday, 4 July 2012

SEKELIP MATA

dia berada disebuah tempat yang tidak diketahui
yang cantik, indah umpama sebuah istana
keadaan mereka seperti membuat persediaan untuk satu perayaan
masing masing busy dengan tugas.

"kamu akan menang malam ni" kata ayahnya.
tetapi sidia hanya diam membisu kerana dia tahu dia tidaklah sebagus yang dijangkakan
melalui tempat permainan sambil diiringi oleh ayahnya.
tersergam indah dunia dihadapannya.

dia berjalan mendekati orang yang mungkin dikenalinya,
dia memanggil seorang teman yang seperti dekat dengannya,
datang seorang perempuan cantik datang menhampirinya dengan lirikan mata yang tidak begitu selesa,
memandang seperti dia membuat perkara yang terkutuk.

kaki membawa hala tuju mereka,
sampai di tempat dimana orang ramai membuat persediaan terakhir,
datang untuk mencari seorang yang dirindui
lalu ditutup pintu.

sahabat menarik tangan,
menuju seorang lelaki tua yang sedang baring
"ini adalah bapa mertuamu" katanya
dengan pantas dia bersalaman lalu beramah mesra.

"nama anak siapa?" terjah bapa mertua,
dia menoleh dan melihat seorang budak lelaki menghampirinya, 
budak itu terasa mesra dengannya.
"nama saya hafiz" kata anaknya

dia seperti hilang ingatan, sejak bila dia berkahwin?
datang seorang lelaki datang menghampirinya
duduk dekat, rapat, sambil tersenyum kearahnya.
dia terasa begitu selesa dengan lelaki itu walaupun tidak mengenali.

perbualan dekat, tersenyum sipu, 
dengan muka kebingungan memandang suaminya
"macam mana kita boleh nikah?" persoalan itu keluar dari mulutnya tanpa diduga.
suaminya ketawa kecil, melihat telatah isterinya.

"kita kenal dari kecil, kita membesar sama sama" kata suaminya.
dia masih terasa dia hilang ingatan.
hilang ingatan tentang anak, suami, bapa mertua.
tetapi dia terasa rapat dengan suaminya.


dia seperti hilang ingatan hampir semuanya,
hanya mengenali ayahnya


suami yang tidak pada realiti tapi suami di fana
suaminnya adalah salah seorang rakannnya
rakan yang dia suka dan diingini
bangun dari lenanya, lenyap semua mimpinya.

mungkin ini petunjuk untuk dia kahwin awal. wehuuuu. HAHAHA
permainan tidur sahaja

Saturday, 23 June 2012

GOLONGAN ITU

kata- kata kemaafan kadang kadang sukar untuk dilafazkan,
sukar untuk diucapkan,
tetapi kata kata cemuhan, kejian, hinaan acap sekali diucap,
sering sekali untuk dibicarakan dalam perbualan harian.

REMAJA...
anak muda yang merayau,
menjadi kutu jalanan,
ibarat samapah kepada masyarakat,
dianggap tidak berguna kepada negara,
dikeji oleh orang ramai kerana dari segi,
pertuturan. pemakain dan interaksi antara masyarakat.

pada mereka 
golongan yang suka membuat kacau,
kemusnahan, keganasan,
menjadi kutu jalanan, bagai batu yang disepak di tepi jalanan,


TAPI....
PERNAHKAN KAMU
mendekati golongan ini?
PERNAHKAN KAMU
menyelami hati perasaan golongan ini?
PERNAHKAN KAMU 
mengambil tahu sedikit tentang mereka?
PERNAHKAN KAMU?

mendekati golongan ini.
hati mereka baik, tapi mungkin kerana pengaruh
hati mereka cepat terusik, 
hati mereka seperti gula kapas.


golongan ini 
perlu disentuh,
perlu dibelai,
perlu dijaga seperti bayi.

ingatlah. sekebal mana pun seseorang itu, 
jika dibelai, insyaAllah.
ibarat jatuhnya air diatas batu 
sekeras mana pun, dapat dilekok oleh air.

ASSALAMMUALAIKUM :)

Monday, 11 June 2012

ANUGERAH ALLAH SWT

mencintai seseorang itu memang satu perasaan yang bahagia, seronok, indah, dan lain lain.
kita seperti berada di suatu alam yang hanya kita sahaja berada disitu,
tidak melihat orang lain, kecuali hanya anda dan pasangan anda.
perasaan yang tidak semua orang boleh memiliki.
mencintai seseorang adalah perasaan yang nikmat.
kita memang akan merasa perasan itu, atau mungkin anda sudahpun merasainya.

mencintai orang memang senang, tapi bagaimana feedback?
adakah dia mempunyai perasaan yang sama seperti anda.
baguslah jika dia pun mempunyai perasaan yang sama.
tapi bagaimana yang tidak?
adakah anda terus menyukainya?
adakah anda terus bertepuk sebelah tangan?
adakah anda terus menyukai orang yang tidak perasan langsung tentang kehadiran anda?
adakah anda akan teruskan perasaan itu?

bagi orang yang terlalu menyukai seseorang, mereka akan meneruskan untuk menyukai.
tapi sampai bila?
sampai dia perasan anda ada?
tapi bagaimana jika dia beritahu yang dia sudah pun menyukai orang lain?
sangat menyakitkan.

walaupun anda menyukai orang itu,
beritahu lah dia yang anda menyukai dia,
beritahu dia,
luahkan.
biarpun dia menolak,
tapi anda sudahpun meluahkan perasaan lama yang terpendam.
mungkin itu akan melegakan anda. :D

walaupun dia tidak menerima anda,
tapi dia akan ingat bahawa ada seorang insan yang berani meluahkan kata cinta kepadanya.
pada saat itu mungkin dia akan mengingati anda.

jangan katakan cinta itu kejam.
manusialah penyebabnya.
ini adalah anugerah Allah kepada umat-Nya.


Friday, 8 June 2012

KAHWIN AWAL

kahwin awal.
aku rasa sekarang ni ramai dah budak remaja nak kahwin awal. dah ramai nak satukan keluarga dengan cepat.
mungkin antara sebab kenapa nak kahwin awal sebab terpengaruh dengan

  • TAK NAK BERLAKUNYA MAKSIAT 
  • TERINGIN HIDUP SEBAGAI SUAMI ISTERI
  • TIADA LAGI HARAM BAGI MEREKA
  • CERITA VANILLA COKLAT
  • TERTARIK DENGAN CERITA KOREA.
 sound like weird kan? tapi itulah. aku memang cepat terpengaruh dengan cerita, serious.  banyak sebenarnya sebab sebab. aku pun nak kahwin awal. sapa tak nak kahwin. ikut sunnah NABI MUHAMMAD S.A.W. nabi tak mengaku umat kepada golongan yang tak kahwin. nauzubillah.

sekarang ni orang dah tak cari makwe pakwe ni semua. orang mencari ISTERI DAN SUAMI.
jadilah seorang isteri atau suami yang bertanggungjawab. kalau dulu dulu, ibu ayah yang jodohkan anak-anaknya. ehh. sekarang zaman dah maju. anak mencari jodohnya sendiri. tapi kalau ibu ayah yang cari, insyaAllah, sejahtera perkhawinanmu.tapi masih ada lagi orang yang mahukan ibu bapanya mencari jodoh untuk mereka. kadang kadang sweet kalau macam tu. bercinta selepas kahwin. aku  rasa ramai jugak yang prefer macam tu. macam kahwin contract lah. mula mula tak suka. tapi dah bersama selama beberapa tahun. mereka mambatalkan contract tu. alahh. macam dalam cerita. cerita korea paling banyak.

kahwin awal bukan satu perkara yang merumitkan.
kadang kadang banyak persoalan yang terlintas dalam kepala anak muda zaman sekarang. ada 6 lazim soalan yang sering bermain main dalam fikiran.
antaranya :D


1. Kahwin waktu masih belajar, adakah tidak mengganggu pelajaran? 

adakah kahwin awal itu menggangu pelajaran? TIDAK.  Sepatutnya, kahwin awal lebih memberi kita semangat yang membara. sudah ada pasangan yang halal dan akan sentiasa menyokong kita, mesti la lagi bersemangat mahu belajar kan?

Lagi satu, orang yang sudah kahwin ni akan berasa lebih bertanggungjawab dari sebelum kahwin. Sebab mereka tahu bahawa mereka punya pasangan untuk dijaga, jadi mereka pun akan berusaha untuk buat yang terbaik bagi pasangan mereka. Apa-apa pun, tengok ibu bapa kita saja sebagai contoh. Sudah kahwin, tapi adakah mengganggu kerja mereka? MENGGANGGUKAH?


2. Saya masih belajar, macam mana mahu bagi nafkah pada isteri kalau belum ada kerja? 


Firman Allah : "Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu, dan orang-orang yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurnia-Nya kerana Allah Maha Luas (rahmat-Nya dan limpah kurnia-Nya), lagi Maha Mengetahui." (An-Nur:32)


Jadi, sementara masih belum ada kerja, suami berilah nafkah yang termampu kepada isteri. Mungkin RM100 atau RM200 sebulan? Bergantung kepada berapa banyak isteri gunakan untuk makan. Lagipun, isteri jugak ada wang, jadi tak perlu rasa ada masalah di situ. Yang penting dua-dua masih dapat hidup. Lain la kalau isteri demand kereta, rumah, rantai emas, baju berlambak-lambak, dan macam-macam lagi. Jadi, sepatutnya tiada masalah dalam bab nafkah.

Cuba kita tengok orang Arab zaman Nabi dulu. Adakah kebanyakan daripada mereka orang berharta? Tidak. Mereka cuma mampu memberi isteri makan makanan setakat yang mereka mampu beri. Itu pun sudah mencukupi untuk dijadikan nafkah. Nabi tak larang pun orang miskin berkahwin. Jangan jadikan kekurangan wang sebagai penghalang perkahwinan. Itu namanya menyalahkan takdir Allah.


3. Macam mana mahu cari modal untuk majlis perkahwinan? 

Apa perkara asas dalam kahwin? Ya, akad nikah dan walimatul urus. Merisik dan bertunang tu bukan wajib pun. Jadi, potong kos seperti bagi hantaran waktu merisik dan bertunang, sudah jimat wang. Waktu akad nikah pun, jemputlah keluarga terdekat dengan kawan-kawan saja yang dapat datang. Berdosa bila tidak menghadiri jemputan walimatul urus.

Jadi, jimat sikit kos kenduri. Buang wang saja sewa pelamin, sewa baju pengantin, sewa jurukamera dengan mak andam semua tu kerana ia termasuk dalam hal-hal yang sia-sia. Mas kahwin pun tidak perlu tinggi-tinggi kerana sebaik-baik mahar adalah yang paling rendah. Mudah saja majlis perkahwinan dalam agama Islam. Tidak sampai berpuluh-puluh ribu pun.
manusia sekarang je nak grand grand. memanglah sekali dalam hidup. ya. tapi bersanding tu kan tidak boleh.

Sabda Rasulullah S.A.W. : "Tiga golongan yang akan selalu diberi pertolongan oleh Allah ialah seorang mujahid yang selalu memperjuangkan agama Allah S.W.T., seorang penulis yang selalu memberi penawar dan seorang yang menikah demi menjaga kehormatan dirinya." (H.R. Thabrani)

4. Tidak terlalu awalkah untuk saya berkahwin? 

Sabda Rasulullah S.A.W. : "Apabila datang kepadamu seorang laki-laki untuk meminang, yang engkau redha terhadap agama dan akhlaknya, maka nikahkanlah dia. Bila tidak engkau lakukan maka akan terjadi fitnah di muka bumi dan akan timbul kerosakan yang merata di muka bumi." (H.R. Tirmidzi dan Ahmad) 

Kalau rasa dengan kahwin boleh buat semangat untuk belajar semakin meningkat, kahwin la. Kalau rasa kahwin boleh buat diri semakin bersemangat dalam agama, kahwin la. Kalau rasa kahwin boleh elak daripada fitnah dan maksiat, kahwin la. Itu maksudnya, kahwin memang perlu di usia muda. Benda yang baik, jangan dilambatkan. Takut kelak bertukar menjadi benda yang tidak baik. 

kalau anda rasa itu bagus untuk anda. apa salahnya. terpulang pada anda,. tapi perkara yang baik, takkan nak lambat-lambatkan. mendirikan masjid itu kan perkara yang bagus. :D

5. Bersediakah saya untuk kahwin awal? 

Ini soalan paling bagus ditanya kepada diri sendiri. Tanya dulu soalan asas ni. Sudahkah saya solat penuh 5 kali sehari semalam?  Sudah bertanggungjawabkah saya? Adakah saya panas baran atau penyabar? Adakah saya seorang yang bercakap menggunakan akal atau bertindak menggunakan akal di lutut? adakah saya telah menjaga kedua ibu bapa saya dengan baik sekali?

banyak persoalan yang perlu ditanya kepada diri sendiri sebelum kita menjaga anak orang. tapi insyaAllah, selalunya kita akan mendengar cakap orang yang kita suka, carilah seorang isteri atau suami yang boleh menjaga dan membawa kamu hingga ke syurga. insyaAllah.

6. Macam mana dengan restu ibu bapa? 

Ya, ini la benda paling susah bila mahu kahwin awal. Faktor penghalang paling utama. Kalau kita dapat menjelaskan dengan baik kepada ibu bapa dan mereka faham, insyaAllah tiada masalah untuk berkahwin awal. Tapi kalau ibu bapa kita susah mahu terima sebab fikiran mereka masih terikat dengan fikiran tipikal masyarakat Melayu sekarang ni yang lebih terpengaruh kepada adat dan cerekarama di tv semata-mata, serta pemikiran risau akan tak cukup wang nak sara anak dara orang, sudah tentu mereka tidak akan terima setiap hujah yang diberikan seperti di atas. 

Apa-apa pun, saya doakan yang terbaik untuk mereka yang mahu kahwin awal supaya cepat bertemu jodoh. Ingat, bila seseorang itu berkahwin kerana ingin mengikut sunnah Rasulullah sudah, maka terbukalah segala pintu rezeki untuknya. Lihat, betapa banyaknya kelebihan kahwin awal. Fikiran kita yang sempit saja membuatkan kahwin ni nampak terlalu susah sangat.

Umar bin al-Khattab r.a telah berkata : "Kahwinlah anak-anak kamu apabila sampai baligh, janganlah kamu menanggung dosa-dosa mereka." (Disebut oleh Ibnu Jauzi dalam Ahkam An-Nisa) 



akhir kata, kahwin awal ini ada jugak yang bagusnya. janganlah melambat-lambatkan jika sudah terjumpa pasangan yang sesuai. kita hanya mampu merancang, Allah yang menentukan. sembahyang lah solat sunat istikharah. insyaAllah.


gambar pra perkahwinan yasmin hani dan shaarin