Wednesday 6 November 2013

Masih

Tak sangka aku masih
sentuh
bau
pijak
lihat
dengar
rasa
yang dulu aku tinggalkan
yg dulu aku terokai.

Tak sangka aku.
Aku mengulanginya lagi sekali
jalani hidup disini.
Dulu yang aku mahu jauhi.

Tapi dulu
bukan seperti ni.
Setiap hari.
Tak sama.
Hambar.
Aku penat.

Ahh sudahlah.

Dekat

Aku ada cerita.
Cerita yang tak ada dimana-mana.
Cerita yang aku sahaja penglipur laranya.

Tersebutlah kisah.
Satu hari,
Keluar dari class.

Terpandang dia.
Jauh dia berdiri.
Aku masih merenung.
Lama aku tenung.

Sampai dia perasan aku.
Mata berselisihan.
Aneh rasanya.
Dekat sangat.

Apa tu ya?
Kalih pandangan.
Detik terlalu cepat.
Aku makin lupa raut wajahnya.

Aku kalah pada ingatan.
Aku biakan memori ini.
Disoret dalam paparan elektronik.
Kan ku ingt perasaan pelik itu.

Saturday 26 October 2013

Random








Bacalah sendiri. 
Mungkin mudah, tapi fikir-fikirlah sendiri





Tuesday 8 October 2013

Hari Itu

Assalammualaikum, Salam sejahtera. Harini hati terusik nak mengupdate pasai ni. Bukan nak menunjuk. tapi saja nak post muka bahagia mereka.  


This is me. and PM Miswan tak pandang camera. aku je yang dok tersengih sensorang.
Dannnn kenapa yang belakang tu pepandang tu yang tak paham. tak paham. Tapi yang ni  first and the last time aku berdiri atas pentas, memegang skrol sambil tersenyum girang depan camera :)



Masa ni semua nak bergambar. pantang tengok cameraman duk tala mana. Berlari kejar org tu. Perangai betul.



Masa ni dah ramai keluar dewan, so berani lah nak berposing posing walaupun tak berapa maut sangat. 



Haaa. Parah!



Yang ni sukar diluahkan dengan kata kata.



Lepas habis bergambar kat dalam, sempat lagi kat luar. 


Nanaaaaaaaa. 
alang alang dah pijak kat bumi johor ni, ambil kesempatan jumpa dengan nana. Lama sangat tak jumpa dia. Rindunya kat diaaaaaaa. :(


Walaupun tak banyak gambar, tapi memori kami berlimpah limpah. 


Anugerah ini untuk ibu dan ayah. :D

SAYANG.


Friday 4 October 2013

Suka hati kau

Padan muka kau.

 Sapa suruh kau suka suka je kau suka orang
"Eh, suka hati aku lah"


Hati kau tu belum matang utk  suka orang
"Suka suka je kau cakap macam tu"


Kau tu yang tak dapat kawal perasaan kau
"Kau tahu apa, kau tak alami"


Lupakan lah orang tu woi
"Eh, kau ingat aku tak tahu move on"


Aku cuma nak cakap yang mungkin ada orang yg sayang kau. Tapi kau yg tak perasan
"Kalau aku perasan awal, aku tak tau apa tu erti jatuh"



Kenapa kau?
"Aku memang suka orang melulu, 
jatuh banyak kali,
jadi bodoh banyak kali.
Sekarang aku dah penat. 
Baik aku duduk.
Letih benor mengejar, 
Aku akan ada bila aku sedia
Tunggu aku"


Perbualan antara Beauty and the Beast.


Monday 23 September 2013

Nyah!




Biarkan ia pergi
Pergi jauh dari sini
Nyah kau!
Aku tak mahu bergantung harap lagi...


Friday 13 September 2013

Kosong

Keluar dari kepompong
Bergerak seorang diri
Dengan hati yang riang
Menuju ke satu tempat

Dah tiba. Berhenti
Yang dinanti masih tiada
Masa mula berjalan
Mengharapkan keajaiban.

Masa terus berjalan.
Yang dinanti masih tiada.
Masih mengharap dan masih
Rupanya hari tu tak seperti yg diimpikan

Punah.
Kecewa.
Kosong.
Kembali ke kepompong.




Saturday 17 August 2013

Unpreditable

Bertarikhkan 17 Ogos 2013

Kami, Aku, Nina,Put, Syikin, Ainur, Ashriq, Ejat, Ikram and Syidi.
Bertolaklah ke Sunway.
Pada awalnya hnya nak main Ice Skate. Pada awalnya lah kan.



Sempat lagi.



Dah 2 jam setengah dok putar jatuh putar jatuh kat situ.
Kaki pun dah  kejang lenguh semua.
Kami buat keputusan nak makan.


Kami!
Last last tukar plan, nak pi main archery pulok.


Kalau nampak, yang duk menunjuk nunjuk tu Neet 3 Finger Glove dgn Arm Guard.
Alaa muka tak pernah main menatang ni.


Yang lain semua toleh, Aku je yang tengah bermati-matian dok fokus. 
Eh, tepat tepat kene yg tgah tgah tu tau. 



Muka macam taknak toleh sangat. 
Sebab ramai org tengah tengok. Berdiri dekat tempat org tunggu giliran pulak tu.


Selepas cerita archery ni ada lagi ceritanya.
Kami dijemput pergi open house rumah kakak nina di Cheras.
Dok begaduh dalam kereta.
Asyik salah aku sbb duduk kereta dorang., Sempit katanya.

Perjalanan cerita harini sungguh seronok. Sebab aku gelak sampai tak dengar suara. 
Tapi padahnya, terlalu gembira, duka menanti aku.

Apepaun seronok keluar dgn kawan sekolah yng masih boleh gila sewel dan mereng. 
:)








Tuesday 13 August 2013

Cerita Rayaku

Tahun ni berbeza keadaan rayanya
Disebabkan ayah tak dapat cuti raya,
then terpaksalah cuti sebelah kampung saja.
Tahun ni raya sepenuhnya kat kampung ibu, Pahang.


Tema tahun ni peach bright!
Gaya ala ala nak bernasyid kan. over!

Baju ni magic bila dibawah cahaya matahari. Lumos!
So, dah boleh anggap raya tahun ni ada 2 kaler.



Ini muka legend. hihi
Ayah dan ibu. Ayah dan ibuuuuu.
 Itulah permulaan kamiiii



Cerita sebenar gambar ni.
Terlalu banyak cerita.
Kenapa lagi suku muka tak nampak?
Aku alien.




Tudiaaaaaa. 
Sebok semua nak atur bergambar.



Sebenanya motif gambar ni nak tunjuk muka pakcik muda aku je.
Tapi kitorang suka menyebok.




Baju angah je yang lain. 
Takde kene mengene langung. 
Tapi boleh lah.




Selamat Hari Raya Aidilfitri.
Maaf Zahir Batin kepada semua umat islam.
Daripada Alia Farhanna sekeluarga. :)

Friday 12 July 2013

Bila

Minggu 1

Bila takde bende nak dibuat.


minggu 2

Bila dengar penerangan mengenai projek.


minggu 3

Bila ada masalah dengan coding


minggu 4

Bila ada perubahan dan penambahan pasal projek.








minggu 5 

Bila terasa benci tengok projek sendiri. Terasa diri ni macam ghost rider.


Akhir minggu 5

Bila kerja lagi sikit nak habis. And mintak lah dah takde penambahan lagi lepas ni. Aminn










Friday 28 June 2013

Aku Rumit


Hari demi hari
Dah 3 minggu rupanya
berjalan dalam bangunan annexe
bekerja dengan staff yang lain

Duduk di simpang masuk office
Depan bilik Bos besar
Suka hati tengok movie 
bergelak sakan (kalau  dah nak balik)

Kekadang rasa tak nak kerja
Kekadang rasa nak hentak kepala
Ahh! Permainan perasan itu semua
Biarkan.

Masih ada 15 minggu 
Banyak yang perlu aku belajar.
Masih mentah lagi
Perlu dimasak lagi sikit

Apa bende kau mengarut?
Sudahlah.
Balik ke tempat asal kau
Pergi!

Sunday 16 June 2013

First Week Practical

Minggu kedua dalam bulan 6.
Aku mulakan Latihan Industri aku.
Bertarikhkan 10 Jun 2013.
Bertempat di Annexe 1 level 11, Telekom Malaysia.

Dua hari sebelum nak mulakan practical.
Tak senang duduk aku.
Terlalu memikirkan pasal orang atas.
Macam mana orangnya, garang ke, pemalu ke, pengemas ke?

Hari pertama, dah tertinggal buku log.
Nasib baik dekat je rumah dengan tempat kerja.
Sebaik sahaja aku melangkah masuk ke bangunan tu.
aku dapat rasakan aura segala aura dalam tu.

Tapi masih mengukir senyuman pada orang ramai.
walaupun hati tak begitu nak damai.
Sampai je Level 11
Suasana dalam tu senyap, sunyi, krikk krikk krikk.

Ibu anis kenalkan aku pada semua staff floor
Juga Pengurus besar kat situ.
Eh! ketak lutut jumpa dorang.
Perkataan ni je aku denga dari mulut dorang "Comel Comel yang practical sini"

So, 1st day tak de buat kerja apa sangat pun.
cuma duduk bercerita hua hua hua je.
Masa berjalan sangat lah lahai lamanyaaaaa.
Bercerita punya panjang, just jalan 2 3 minit je. :/

Dalam seminggu ni. aku dengan anis hadiri 2 meetings
1st meeting tak boleh tahan. bergaduh semua orang. nasib baik tak baling baling kerusi
meeting tak habis, kitorang mintak keluar. terlalu banyak info.
Pecah!

2nd meeting pun tak boleh tahan.
sebab 2 kali aku tidur dalam tu.
Aku rasa aku yang banyak bergerak dalam bilik tu.
Siap tumpang kepala, cover nak tidur punya pasal.

Minggu ni berjalan denga lancar.
Dapat assignment hari jumaat.
Assignment macam projek lah jugak.
Gila!


Wednesday 5 June 2013

Normal

Semua tak sempurna
Semua ada kelemahan tersendiri.

Aku.
Terlalu banyak kelemahan.

Tak lama lagi aku akan praktikal.
Boleh ke aku atasi kelemahan aku?

Hadapi hari hari yang menggerunkan.
Aku takut.

Perlu ada keberanian untuk atasinya.
Perlu.

Sunday 26 May 2013

Random


“What is a friend? A single soul dwelling in two bodies.” 
― Aristotle

“I don't know when we'll see each other again or what the world will be like when we do. We may both have seen many horrible things. But I will think of you every time I need to be reminded that there is beauty and goodness in the world.” 
― Arthur GoldenMemoirs of a Geisha

Perpisahan ini,
jadikan ia satu mimpi.

We'll meet
one fine day!

So, I LOVE YOU :*




Saturday 25 May 2013

Hari itu


25 MAY 2013
hari aku tinggalkan bumi Johor
tinggalkan jejak aku disana
heret setiap kenangan  dari sana.

Setiap langkah
si hiba dan pilu mengiringi aku
Pimpin hati aku untuk pergi
supaya kuat untuk pergi.

Maafka semua kesalahan aku
Maafkan segala kekuranganku
Tak ada yang mesti ditangisi
Sebab aku tak akan jauh.

Di hadapmu ku cuba untuk tegar 
walau di belakang kepergianmu
 hati menangis harungi samudra kesedihan

Si hati memaksa menangis
Si mata sudah penat, 
Sakit.
Aku pergi
Jadikan aku sebagai sahabatmu





Thursday 9 May 2013

MASA BERLALU



Hari demi hari berlalu,
Tup tup dah 2 tahun aku kat UTHM.
Terlalu banyak pengalaman yang aku hadapi kat sini.
Sering tak lari dari perasaan takut, gementar.

Memang seronok sebab dah nak habis study. 
Senyum sampai macam ni sekali 
Sebab tak sangka dapat tempuhi rintangan dan cobaan masa study

                                              


Tapi pada masa yang sama,
Perasaan sedih datang 
Sebab lepasni dah jarang nak jumpa kawan 
Lagi lagi kalau ada yang duduk nun jauh utagha sana.


                                                 

Dan aku mungkin akan kembali
kembali menjadi diri aku yang dulu.
Eh, tak jadi hal hal.



Wednesday 2 January 2013

Mid-Term Break

Assalammualaikum 

Plan last minute selalunya berjaya.
Plan keluar dengan Ashriq, Ejat, Ainur and Ikramah. hihi
Main tentatif nak tengok CZ12. 
tapi tempat tak ditetapkan. 

Kami pun mula bergerak ke Sunway.
sepanjang perjalanan nak bertolak kesana. 
memang tak henti gelak tawa. 
telatah yang dibuat ejat, ashriq and ikramah membuatkan kami sampai pipi sakit asyik tersenyum.

aku macam nak tulis lawak yang dorang buat.
tapi aku memang tahu.
kalau aku tulis, takkan jadi kelakar. 
sebab aku yang tulis. brrr.




Ikram baru je beli gula gula kapas. 
ibu aku panggil gula kapas as Halushmitai. 
okay dah boleh tengok kelakuan Ashriq yang mencurigakan. 
tenung gula kapas macam nak terbakar. hihi




Muka bahagia je dapat gula kapas ikram.
masa kitorang amik gambar. orang kat atas semua tengok. \
mula mula macam nak malu. tapi bukan aku sorang je yang berkelakuan gila kat tengah tengah mall.



yang ni keje si Ejat. muka bahagia je dapat amik gambar sensorang. hihi



Gambar ni terlalu banyak motif yang tersirat dan tersurat.
Saja meng'interframe'

sebanarnya banyak lagi. 
tapi ada kat Ainur. 
Misi dah pun terlaksana.
CZ12 memang tak mengecewakan kitorang. 
Jackie Chan memang terlalu awesome. HAHA
termasuk kawan aku jugak. :D
sebenarnya banyak lagi nak cerita, 
karang aku melalut jauh sangat. 

Conclusion, keluar dengan dorang. memang tak henti gelak. 
mungkin akan ada orang anggap kitorang ni gila sewel tiga suku.
 XOXO :D