Saturday 23 June 2012

GOLONGAN ITU

kata- kata kemaafan kadang kadang sukar untuk dilafazkan,
sukar untuk diucapkan,
tetapi kata kata cemuhan, kejian, hinaan acap sekali diucap,
sering sekali untuk dibicarakan dalam perbualan harian.

REMAJA...
anak muda yang merayau,
menjadi kutu jalanan,
ibarat samapah kepada masyarakat,
dianggap tidak berguna kepada negara,
dikeji oleh orang ramai kerana dari segi,
pertuturan. pemakain dan interaksi antara masyarakat.

pada mereka 
golongan yang suka membuat kacau,
kemusnahan, keganasan,
menjadi kutu jalanan, bagai batu yang disepak di tepi jalanan,


TAPI....
PERNAHKAN KAMU
mendekati golongan ini?
PERNAHKAN KAMU
menyelami hati perasaan golongan ini?
PERNAHKAN KAMU 
mengambil tahu sedikit tentang mereka?
PERNAHKAN KAMU?

mendekati golongan ini.
hati mereka baik, tapi mungkin kerana pengaruh
hati mereka cepat terusik, 
hati mereka seperti gula kapas.


golongan ini 
perlu disentuh,
perlu dibelai,
perlu dijaga seperti bayi.

ingatlah. sekebal mana pun seseorang itu, 
jika dibelai, insyaAllah.
ibarat jatuhnya air diatas batu 
sekeras mana pun, dapat dilekok oleh air.

ASSALAMMUALAIKUM :)

Monday 11 June 2012

ANUGERAH ALLAH SWT

mencintai seseorang itu memang satu perasaan yang bahagia, seronok, indah, dan lain lain.
kita seperti berada di suatu alam yang hanya kita sahaja berada disitu,
tidak melihat orang lain, kecuali hanya anda dan pasangan anda.
perasaan yang tidak semua orang boleh memiliki.
mencintai seseorang adalah perasaan yang nikmat.
kita memang akan merasa perasan itu, atau mungkin anda sudahpun merasainya.

mencintai orang memang senang, tapi bagaimana feedback?
adakah dia mempunyai perasaan yang sama seperti anda.
baguslah jika dia pun mempunyai perasaan yang sama.
tapi bagaimana yang tidak?
adakah anda terus menyukainya?
adakah anda terus bertepuk sebelah tangan?
adakah anda terus menyukai orang yang tidak perasan langsung tentang kehadiran anda?
adakah anda akan teruskan perasaan itu?

bagi orang yang terlalu menyukai seseorang, mereka akan meneruskan untuk menyukai.
tapi sampai bila?
sampai dia perasan anda ada?
tapi bagaimana jika dia beritahu yang dia sudah pun menyukai orang lain?
sangat menyakitkan.

walaupun anda menyukai orang itu,
beritahu lah dia yang anda menyukai dia,
beritahu dia,
luahkan.
biarpun dia menolak,
tapi anda sudahpun meluahkan perasaan lama yang terpendam.
mungkin itu akan melegakan anda. :D

walaupun dia tidak menerima anda,
tapi dia akan ingat bahawa ada seorang insan yang berani meluahkan kata cinta kepadanya.
pada saat itu mungkin dia akan mengingati anda.

jangan katakan cinta itu kejam.
manusialah penyebabnya.
ini adalah anugerah Allah kepada umat-Nya.


Friday 8 June 2012

KAHWIN AWAL

kahwin awal.
aku rasa sekarang ni ramai dah budak remaja nak kahwin awal. dah ramai nak satukan keluarga dengan cepat.
mungkin antara sebab kenapa nak kahwin awal sebab terpengaruh dengan

  • TAK NAK BERLAKUNYA MAKSIAT 
  • TERINGIN HIDUP SEBAGAI SUAMI ISTERI
  • TIADA LAGI HARAM BAGI MEREKA
  • CERITA VANILLA COKLAT
  • TERTARIK DENGAN CERITA KOREA.
 sound like weird kan? tapi itulah. aku memang cepat terpengaruh dengan cerita, serious.  banyak sebenarnya sebab sebab. aku pun nak kahwin awal. sapa tak nak kahwin. ikut sunnah NABI MUHAMMAD S.A.W. nabi tak mengaku umat kepada golongan yang tak kahwin. nauzubillah.

sekarang ni orang dah tak cari makwe pakwe ni semua. orang mencari ISTERI DAN SUAMI.
jadilah seorang isteri atau suami yang bertanggungjawab. kalau dulu dulu, ibu ayah yang jodohkan anak-anaknya. ehh. sekarang zaman dah maju. anak mencari jodohnya sendiri. tapi kalau ibu ayah yang cari, insyaAllah, sejahtera perkhawinanmu.tapi masih ada lagi orang yang mahukan ibu bapanya mencari jodoh untuk mereka. kadang kadang sweet kalau macam tu. bercinta selepas kahwin. aku  rasa ramai jugak yang prefer macam tu. macam kahwin contract lah. mula mula tak suka. tapi dah bersama selama beberapa tahun. mereka mambatalkan contract tu. alahh. macam dalam cerita. cerita korea paling banyak.

kahwin awal bukan satu perkara yang merumitkan.
kadang kadang banyak persoalan yang terlintas dalam kepala anak muda zaman sekarang. ada 6 lazim soalan yang sering bermain main dalam fikiran.
antaranya :D


1. Kahwin waktu masih belajar, adakah tidak mengganggu pelajaran? 

adakah kahwin awal itu menggangu pelajaran? TIDAK.  Sepatutnya, kahwin awal lebih memberi kita semangat yang membara. sudah ada pasangan yang halal dan akan sentiasa menyokong kita, mesti la lagi bersemangat mahu belajar kan?

Lagi satu, orang yang sudah kahwin ni akan berasa lebih bertanggungjawab dari sebelum kahwin. Sebab mereka tahu bahawa mereka punya pasangan untuk dijaga, jadi mereka pun akan berusaha untuk buat yang terbaik bagi pasangan mereka. Apa-apa pun, tengok ibu bapa kita saja sebagai contoh. Sudah kahwin, tapi adakah mengganggu kerja mereka? MENGGANGGUKAH?


2. Saya masih belajar, macam mana mahu bagi nafkah pada isteri kalau belum ada kerja? 


Firman Allah : "Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu, dan orang-orang yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurnia-Nya kerana Allah Maha Luas (rahmat-Nya dan limpah kurnia-Nya), lagi Maha Mengetahui." (An-Nur:32)


Jadi, sementara masih belum ada kerja, suami berilah nafkah yang termampu kepada isteri. Mungkin RM100 atau RM200 sebulan? Bergantung kepada berapa banyak isteri gunakan untuk makan. Lagipun, isteri jugak ada wang, jadi tak perlu rasa ada masalah di situ. Yang penting dua-dua masih dapat hidup. Lain la kalau isteri demand kereta, rumah, rantai emas, baju berlambak-lambak, dan macam-macam lagi. Jadi, sepatutnya tiada masalah dalam bab nafkah.

Cuba kita tengok orang Arab zaman Nabi dulu. Adakah kebanyakan daripada mereka orang berharta? Tidak. Mereka cuma mampu memberi isteri makan makanan setakat yang mereka mampu beri. Itu pun sudah mencukupi untuk dijadikan nafkah. Nabi tak larang pun orang miskin berkahwin. Jangan jadikan kekurangan wang sebagai penghalang perkahwinan. Itu namanya menyalahkan takdir Allah.


3. Macam mana mahu cari modal untuk majlis perkahwinan? 

Apa perkara asas dalam kahwin? Ya, akad nikah dan walimatul urus. Merisik dan bertunang tu bukan wajib pun. Jadi, potong kos seperti bagi hantaran waktu merisik dan bertunang, sudah jimat wang. Waktu akad nikah pun, jemputlah keluarga terdekat dengan kawan-kawan saja yang dapat datang. Berdosa bila tidak menghadiri jemputan walimatul urus.

Jadi, jimat sikit kos kenduri. Buang wang saja sewa pelamin, sewa baju pengantin, sewa jurukamera dengan mak andam semua tu kerana ia termasuk dalam hal-hal yang sia-sia. Mas kahwin pun tidak perlu tinggi-tinggi kerana sebaik-baik mahar adalah yang paling rendah. Mudah saja majlis perkahwinan dalam agama Islam. Tidak sampai berpuluh-puluh ribu pun.
manusia sekarang je nak grand grand. memanglah sekali dalam hidup. ya. tapi bersanding tu kan tidak boleh.

Sabda Rasulullah S.A.W. : "Tiga golongan yang akan selalu diberi pertolongan oleh Allah ialah seorang mujahid yang selalu memperjuangkan agama Allah S.W.T., seorang penulis yang selalu memberi penawar dan seorang yang menikah demi menjaga kehormatan dirinya." (H.R. Thabrani)

4. Tidak terlalu awalkah untuk saya berkahwin? 

Sabda Rasulullah S.A.W. : "Apabila datang kepadamu seorang laki-laki untuk meminang, yang engkau redha terhadap agama dan akhlaknya, maka nikahkanlah dia. Bila tidak engkau lakukan maka akan terjadi fitnah di muka bumi dan akan timbul kerosakan yang merata di muka bumi." (H.R. Tirmidzi dan Ahmad) 

Kalau rasa dengan kahwin boleh buat semangat untuk belajar semakin meningkat, kahwin la. Kalau rasa kahwin boleh buat diri semakin bersemangat dalam agama, kahwin la. Kalau rasa kahwin boleh elak daripada fitnah dan maksiat, kahwin la. Itu maksudnya, kahwin memang perlu di usia muda. Benda yang baik, jangan dilambatkan. Takut kelak bertukar menjadi benda yang tidak baik. 

kalau anda rasa itu bagus untuk anda. apa salahnya. terpulang pada anda,. tapi perkara yang baik, takkan nak lambat-lambatkan. mendirikan masjid itu kan perkara yang bagus. :D

5. Bersediakah saya untuk kahwin awal? 

Ini soalan paling bagus ditanya kepada diri sendiri. Tanya dulu soalan asas ni. Sudahkah saya solat penuh 5 kali sehari semalam?  Sudah bertanggungjawabkah saya? Adakah saya panas baran atau penyabar? Adakah saya seorang yang bercakap menggunakan akal atau bertindak menggunakan akal di lutut? adakah saya telah menjaga kedua ibu bapa saya dengan baik sekali?

banyak persoalan yang perlu ditanya kepada diri sendiri sebelum kita menjaga anak orang. tapi insyaAllah, selalunya kita akan mendengar cakap orang yang kita suka, carilah seorang isteri atau suami yang boleh menjaga dan membawa kamu hingga ke syurga. insyaAllah.

6. Macam mana dengan restu ibu bapa? 

Ya, ini la benda paling susah bila mahu kahwin awal. Faktor penghalang paling utama. Kalau kita dapat menjelaskan dengan baik kepada ibu bapa dan mereka faham, insyaAllah tiada masalah untuk berkahwin awal. Tapi kalau ibu bapa kita susah mahu terima sebab fikiran mereka masih terikat dengan fikiran tipikal masyarakat Melayu sekarang ni yang lebih terpengaruh kepada adat dan cerekarama di tv semata-mata, serta pemikiran risau akan tak cukup wang nak sara anak dara orang, sudah tentu mereka tidak akan terima setiap hujah yang diberikan seperti di atas. 

Apa-apa pun, saya doakan yang terbaik untuk mereka yang mahu kahwin awal supaya cepat bertemu jodoh. Ingat, bila seseorang itu berkahwin kerana ingin mengikut sunnah Rasulullah sudah, maka terbukalah segala pintu rezeki untuknya. Lihat, betapa banyaknya kelebihan kahwin awal. Fikiran kita yang sempit saja membuatkan kahwin ni nampak terlalu susah sangat.

Umar bin al-Khattab r.a telah berkata : "Kahwinlah anak-anak kamu apabila sampai baligh, janganlah kamu menanggung dosa-dosa mereka." (Disebut oleh Ibnu Jauzi dalam Ahkam An-Nisa) 



akhir kata, kahwin awal ini ada jugak yang bagusnya. janganlah melambat-lambatkan jika sudah terjumpa pasangan yang sesuai. kita hanya mampu merancang, Allah yang menentukan. sembahyang lah solat sunat istikharah. insyaAllah.


gambar pra perkahwinan yasmin hani dan shaarin

Thursday 7 June 2012

SAHABAT SEKOLAH



MY FRIENDS FOREVER :D








FAEZATUL ROSLAN, NINA FATIHA BT MD. HARUN, NUR ALIA FARHANNA, PUTERI ANNISA ADHWA BT MEGAT BAHARUDDIN

ini best friend aku time kat sekolah. dari kiri FAEZATUL ROSLAN, NINA FATIHA BT MD.HARUN, yang tuh aku lah, and PUTERI ANNISA ADHWA BT MEGAT BAHARUDDIN. 
dorang ni rapat ngan aku sejak dari form 3. macam baru kenal. tapi semua boleh masuk kepala. yang paling  kuat gelak yang fae, nina memang cool je manjang. yang put ni pandai gilaaaaa. perangai dia pun sama je sama  kitorang. kuat dengan cerita korea dia ni. sampai aku pun terpengaruh. serious  aku terpengaruh. HAHAH. yang fae ni bab uruskan pape bagi je tahu kat dia. dia memang superb. macam kaklong. terbaikkk. dikenali sebagai gangster tapi... hati dia terlalu lembut. terlaluuuuuu lembut. yang si nina ni memang cool gila. dia akan act like dia abang. atototo. comel. tapi sia seorang yang sweet.  sweet gilaaaa. trademark dia "sweet". kalau nak cerita pasal dorang ni. memang tak habis habis lah. 



yang ni clasmate aku. tapi separuh je. yang lain malu malu lah, ada diba yang paling kanan, efie yang putih comel tu, ilham yang duduk pakai spec tu. minah yang cute pakai selendang tu, mairuz yang pakai baju purprle. dia cantik , yas yang baju hijau tu, ikram,  yang muka macam gorillaz tu ashriq, yang berdiri cool tu amin namanya




yang ni time bila ntah. kenas class. dah nak exam kot. jarang dikemas class ni. HAHHAHA. ellanie yang lentok lebih tu, yang macam menyorok belakng aku tu ain namanya, yang serious tu nina namanya. dia kan cool. HAHA. hani yang malu malu tu, sebelah aku tu, aminah :D
kami memang sekepala. pandai pandai dorang ni. aku je yang menyempit dalam ni. HAHAH 




time ni memang dah tak tahu peraturan sekolah dah. ni kalau pengetua nampak, mesti dia sepak sensorang ni. HAHA. tapi peduli pulak. ni lah sekolah SMK SRI PANTAI. banyak anugerah dah dapat sekolah ni. #dandan. HAHA. ada lagi. tapi gambar takde sedih. class amanah, budi, cekal, ikhlas. ada lagi ada lagi.



yang ni NURAINI BT HAMIDOON,AKU, SITI HAJAR MOKHTARUDDIN. 
masing masing gila. yang kecik ni paling sewel. HAHAH. 

Tuesday 5 June 2012

BULAN ALLAH

PAHALA DI BULAN ALLAH



                                 

  •  Rejab bulan Allah, Sya’aban bulan Rasulullah. S.A.W, Ramadhan bulan umat Rasulullah S.A.W.

  • Rejab adalah bulan menabur benih, Sya’aban bulan menyiram tanaman manakala Ramadhan bulan menuai.

  •  Amalan di dalam bulan Rejab menyucikan badan, Sya’aban menyucikan hati manakala Ramadhan menyucikan roh.

  •  Rejab adalah bulan maghfirah (keampunan), Sya’aban bulan syafaat manakala Ramadhan bulan menggandakan kebajikan.

  • Rejab adalah bulan taubat, Sya’aban bulan muhibbah manakala Ramadhan bulan dilimpahi pahala amalan yang banyak.

  •  Pahala amalan baik di dalam bulan Rejab diganda 70 pahala, Sya’aban diganda 700 pahala dan Ramadhan diganda 1,000 pahala.

  •  Di dalam bulan lain Allah membalas amalan umat-Nya 10 kali, tetapi di dalan bulan Rejab Allah akan membalas amalan umat-Nya 70 kali.

  •  Sesiapa meminta ampun (beristighfar) pada pagi dan petang 70 atau 100 kali di dalam bulan Rejab, diharamkan tubuhnya daripada api neraka.

 BULAN PENGAMPUNAN


1: Rasulullah saw juga bersabda: “Bulan Rejab adalah bulan permohonan pengampunan bagi ummatku, maka hendaknya mereka memperbanyak istighfar di dalamnya.” Yakni:

" Astaghfirullâha wa atûbu ilayh "
(Aku mohon ampun kepada Allah dan bertaubat kepada-Nya)

2: Dalam suatu riwayat disebutkan: Bagi yang tidak mampu berpuasa agar memperoleh pahala puasa di bulan Rejab, maka hendaknya setiap hari ia membaca tasbih berikut 100 kali:

" Subhânal ilâhil jalîl, subhâna Man lâ yanbaghit tasbîhu illâ lahu, subhânal a’azzil akram, subhâna Man labisal ‘izzi wa huwa lahu ahlun."

(Mahasuci Tuhan Yang Maha Agung, Maha suci yang tak layak bertasbih kecuali kepada-Nya, Maha suci Yang Maha Agung dan Maha Mulia, Maha suci Yang Menyandang keagungan dan hanya Dia yang layak memilikinya).

3: Membaca:

" Yâ Dzal jalâli wal-ikrâm, yâ Dzan na’mâi wal-jûd, yâ Dzal manni wath-thawl, harrim syaibatî `alan nâri."

(Wahai Yang Maha Agung dan Maha Mulia, wahai Pemilik kenikmatan dan kedermawanan, wahai Pemilik anugerah dan karunia, selamatkan putihnya rambutku dari api neraka)

Keempat: Rasululah saw bersabda: “Barangsiapa yang membaca di bulan Rejab Istighfar berikut sebanyak 100 kali dan mengakhirnya dengan bersedekah, Allah akan mengakhirinya dengan rahmat dan maghfirah. Barangsiapa yang membacanya 400 kali, Allah memcatat baginya pahala 100 syuhada’:

" Astaghfirullâha lâilaha illa Huwa wahdahu lâ syarîkalah, wa atûbu ilayh."
(Aku memohon ampun kepada Allah, tiada Tuhan kecuali Dia Yang Maha Esa, Yang tiada sekutu bagi-Nya, aku bertaubat kepada-Nya.”)

5: Membaca Lailâha illallâh (1000 kali).
Rasulullah saw bersabda: “Barangsiapa yang membaca di bulan Rejab Lâilâha illallâh sebanyak seribu kali , Allah mencatat baginya seratus ribu kebaikan dan membangunkan baginya seratus kota di surga.”

6: membaca Astaghfirullâh wa atûbu ilayh, pagi dan sore sebanyak (70 kali), dan diakhiri dengan membaca doa:

(" Allâhummaghfirlî wa tub `alayya ")
Ya Allah, ampuni aku dan bukakan pintu taubat bagiku.

Dalam suatu hadis dikatakan: Barangsiapa yang membaca Istighfar pagi dan ptg sebanyak 70 kali dan kemudian diakhiri dengan doa tersebut dengan mengangkat tangannya, jika ia mati di bulan Rejab matinya diredhai oleh Allah dan tidak disentuh oleh api neraka kerana berkah bulan Rejab.

7: membaca istighfar berikut sebanyak 1000 agar diampuni dosanya oleh Allah Yang Maha Penyayang:

" Astaghfirullâha Dzal jalâli wal-ikrâm min jamî`idz dzunûbi wal-âtsâm "
Aku mohon ampun kepada Allah Yang Maha Agung dan Maha Mulia dari semua dosa dan kesalahan.

8: membaca Surat Al-Ikhlash sebelas ribu kali atau seribu kali atau seratus kali.
Dalam suatu riwayat dikatakan: “Barangsiapa yang membaca Surat Al-Ikhlash seratus kali pada hari Jum’at bulan Rejab, ia akan memperoleh cahaya yang mengantarkan ke surga.”

9: Dalam suatu hadis disebutan: “Barangsiapa yang berpuasa sehari di bulan Rejab, dan melakukan sholat sunnah empat rakaat (2 kali salam). Rakaat pertama setelah Fatihah membaca ayat Kursi seratus kali, dan rakaat kedua setelah Fatihah membaca Surat Al-Ikhlash dua ratus kali, maka saat matinya ia akan menyaksikan tempatnya di surga atau diperlihatkan kepadanya.”

10: Rasulullah saw bersabda: “Barangsiapa yang melakukan sholat sunnah empat rakaat (2 kali salam) pada hari Jum’at di bulan Rejab antara sholat Zuhur dan Ashar; setiap rakaat setelah Fatihah membaca ayat Kursi tujuh kali dan Surat Al-Ikhlash, kemudian sesudah salam membaca Astaghfirullâhalladzî lâilâha illâ Huwa wa as-aluhut tawbah (10 kali), Allah mencatat baginya dari hari itu (hari ia melakukan sholat) sampai hari kematiannya setiap hari seribu kebaikan; memberinya untuk setiap ayat yang ia baca satu kota di surga dari yaqut merah; untuk setiap hurufnya satu istana di surga dari mutiara; diberinya pasangan bidadari dan diridhoi tanpa sedikitpun murka; dan Allah mencatatnya sebagai orang-orang ahli ibadah, dan mengakhiri hidupnya dengan kebahagiaan dan pengampunan yang terbaik.”

11: Puasa tiga hari: hari kamis, Jumaat dan Sabtu.
Dalam suatu hadis disebutkan: “Barangsiapa yang berpuasa pada Kamis, Jumaat dan Sabtu di bulan-bulan yang mulia, Allah mencatat baginya ibadah sembilan ratus tahun.”

12: Solat enam puluh rakaat selama bulan Rejab; setiap malam dua rakaat, setiap rakaat setelah Fatihah membaca Surat Al-Kafirun (3 kali) dan Surat Al-Ikhlash (sekali). Sesudah salam membaca doa berikut sambil mengangkat tangan:

Lâilaha illallâhu wahdahu lâ syarîkalah, lahul mulku wa lahul hamdu, yuhyî wa yumît, wa Huwa hayyun lâ yamût, biyadihil khayr wa Huwa ‘alâ kulli syay-in qadîr, wa ilayhil mashîr, walâ hawla wala quwwata illâ billahil `aliyyil `azhîm. Allahumma shalli `alâ Muhammadin an-nabiyyil ummi wa âlihi.

Tiada Tuhan kecuali Allah Yang Maha Esa, tiada sekutu bagi-Nya. Bagi-Nya segala kekuasaan dan pujian. Dialah Yang Menghidupkan dan mematikan. Dia Yang Hidup dan tidak mati, di tangan-Nya segala kebaikan, Dia Maha Kuasa atas segala sesuatu, kepada-Nya kembali segalanya, tiada daya dan kekuatan kecuali dengan Allah Yang Tinggi dan Maha Agung. Ya Allah, sampaikan shalawat kepada Muhammad Nabi yang ummi dan keluarganya.

Diriwayatkan dari Nabi saw bahwa orang yang melakukan amalan tersebut Allah mengijabah doanya dan memberinya enam puluh pahala haji dan umrah.

13: Rasulullah saw bersabda: “orang yang membaca Surat Al-Ikhlash (100 kali) dalam solat sunnah dua rakaat di malam bulan Rejab, nilainya sama dengan berpuasa seratus tahun di jalan Allah, dan memberinya seratus istana di surga, setiap istana bertetangga dengan para Nabi (as).”

14: Imam Ali bin Abi Thalib (as) berkata bahwa Rasulullah saw bersabda: “Barangsiapa yang membaca setiap hari dan malam di bulan Rejab, Sya’ban dan Ramadhan Surat Al-Fatihah, ayat Kursi, Surat Al-Kafirun, Al-Ikhlash, Al-Falaq, dan An-Nas masing-masing (3 kali), kemudian membaca masing-masing (3 kali):
Subhânallâhi wal-hamdulillâhi, wa lâilâha illallâh wallâhu akbar, walâ hawla walâ quwwata illâ billâhil `aliyyil `azhîm.
Maha Suci Allah, segala puji bagi Allah, tiada Tuhan kecuali Allah, Allah Maha Besar, tiada daya dan kekuatan kecuali dengan Allah Yang Maha Tinggi dan Maha Agung

Allâhumma shalli `alâ Muhammadin waâli Muhammad
Sampaikan shalawat kepada Muhammad dan keluarga Muhammad

Allâhummaghfir lil-mu’minîna wal-mu’minât
Ya Allah, ampuni kaum mukminin dan mukminat

Kemudian membaca istighfar berikut (400 kali):

Astaghfirullâha wa atûbu ilayh
Aku mohon ampun kepada Allah dan bertaubat kepada-Nya,

maka Allah swt akan mengampuni dosa-dosa hamba-Nya walaupun sebanyak tetesan hujan, daun-daun pepohonan, dan buih di lautan.” 

PENGAKHIRAN YANG TAK DISANGKA


PENGAKHIRAN YANG TAK DISANGKA


sambungan. 
sudah masanya mereka meninggalkan rakan yang lain. dalam part ini. air mata sangat murah. air mata yang jatuh bersama sama hujan. tidak malu mengeluarkan air mata, masing masing meraung, memeluk, meminta ampun, jauh dari kawan kerana tidak mahu mengeluarkan air mata lebih banyak lagi.  mereka menghantar rakan yang duduk di kawasan Sarawak, kali ini tiba masa untuk orang yang menetap di KL berangkat ke airport, Kuching. gadis itu menaiki bas dengan sangat berat hati. Eyko, salah seorang rakan gadis itu menunggu di bawah tangga bas. dia tidak mengeluarkan air mata.
sebaik sahaja gadis dan rakan- rakannya turun dari bus. Eyko mengalirkan air mata bukan setitik, tetapi 3 line berjujuran air mata. dia menahan perasaan sebak dengan hati yang berat. kami saling mermaaf- maafan.

perjalanan dalam bus selama 2 jam sangat diam. sunyi. masing masing melayan perasaan, meninggalkan kekasih. sampai sahaja di Kuching mereka semua cuba untuk menguatkan hati. mengeringkan air mata. turun dengan senyuman. walaupun dalam hati sangat berat meninggalkan Sarawak. 

masing masing membawa bagasi di dalam troli. berjalan menunggu giliran untuk menyimpan bagasi. 
gadis itu cuba memandang sekeliling. mana tahu jikalau lelaki itu muncul untuk say bye kat rakannya. tetapi kelibatnya tidak nampak. gadis itu cuba memanjangkan lehernya meninjau keadaan sekeliling.
perasaan hampa merundum dalam diri gadis itu. hanya termenung bersedih.
"WEH!!! kau tengok tu??" kata dell.
"apa dia? " gadis itu menoleh, apa yang dia nampak adalah bende yang diinginkannya.
lelaki itu berdiri sederet dengannya,.
gadis itu kembali ceria. perasaannya hanya berbunga bunga.

semua rakannya gembira kerana gadis itu tidak lagi monyok. 
"aku akan cakap kat lelaki tu" rakannya masing masing senyum dengan riang.
masanya untuk pergi untuk scan barang. and pergi ketempat lain. masa itu. gadis itu menjadi tak tentu arah, dia cuba untuk melambatkan masa. pada masa itu, dia merenung lelaki itu. yang sedang mengucapkan kata selamat tinggal untuk rakannya.

"yaa!!! MARTIN!"
*mencari sumber suara. mengangguk*
*AKU* #isyarat tangan sambil mulut hanya miming.
*SUKA* #jari telunjuk engukir bentuk love
*KAU* #menunjuk si lelaki.

martin hanya tersenyum dan mengangguk.
si gadis memalingkan muka dan terus scan barang. mengangkat barang. pergi meninggalkan lelaki itu.


siapa tahu. dalam diam lelaki itu mengalirkan air mata. terima kasih.
ya. gadis itu adalah aku. aku. NUR ALIA FARHANNA. 
i'm still remember you. berharap seseorang dapat meluputkan awak dari fikiran saya. 


memang aku lambat update pasal PLKN ni. tapi ni aku dah ghiiiiiidu gila dengan PLKN. 

ni class aku. aku dok belakang sana. belakang tengah tengah. memang tak nampak lah. 



membe BRAVO aku. yang duduk tu mai, sebelah aku tu mey, dell, yas, and emy. diorang ni paling rapat dengan aku. serious. ada lagi eddrin. 


yang ni CHIENG KAI WEN. hari hari aku indah. HAHA. bluekkk. yang kat belakang tengah jalan tu. namanya HADRI. aku tak perasan mula mula dia ni. dah lama lama baru aku nampak. interframe lah dia. HAHA. tak lah. dia ustaz :D


yang ni dell, mey, amanda, mai. lagi sorang haida rasanya. kami berlainan kompeni. tapi kami semua bersatu     sama kepala. hari tu. aku ada demam. tapi aku diamkan. dorang rasa kepala aku. masing masing mengamuk  sebab aku panas sangat. tak de lah panas mana. 40 celcius je kot. aku boleh menyanyi lagi, yang dorang keliling aku suruh aku makan ubat. kiranya macam aku duduk tengah tengah lah ni. orang lain dah pandai aku lain macam dah. dah macam les. elehh. dorang penyayang lah. time tu walaupun aku sakit, tapi dorang jaga aku dengan baik sekali. serious. membe lain demam. dorang buat rileks je. aku demam, dorang bukan main jaga. sebab tu aku sayang dorang. i love them :")


semua sekepala. walaupun ada yang buat taik. tapi kami buat rilkes je. sebab kitorang yakin, tak de sapa dapat pisahkan kami selain Allah swt. 


 this is maizatul azira. dia ni penyayang habis. dia yang jaga aku :D


mai and dell. dell ni kalau denga rsuara dia mesti korang suka. terngiang-ngiang. sampai aku pun terikut perangai dia. perangai dia yang paling aku banyak aku copy paste. 
HAHAH. dia ni kelakar gila. 


time ni raya cina. hanya orang KL yang ada kat sini. orang sarawak semua balik rumah. 


mula mula aku tak berapa rapat dengan dorang ni. tapi lepas minggu minggu, aku rasa selesa dengan dorang. 


this is amanda. perangai dia comel. comel gilaaa. 


haida with amamda. muka kau perghhh. macam bebudak. bila nak jadi matang muka ni? HAHAHAHA 


kami sayang bendera. :P


sebenarnya bendera ni wangi. berapa biji perfume ntah dorang letak sebelum nak pulangkan. sebab tu aku melekat kat bendera. pertama kali aku menangis pasal bendera. HAHA. bunyi macam kelakar. tapi tu yang berlaku.  posing habis dengan bendera sebelum kene pulangkan.


we love BRAVO and kem putra sentosa :D 

PERKENALAN dan PENGAKHIRAN

ASSALAMMUALIAKUM :)

PERKENALAN dan PENGAKHIRAN .


PERKENALAN bermula di KEM PUTRA SENTOSA, SARAWAK.
seorang gadis yang teringin mencari seseorang yang menarik perhatiannya. pada ketika semua orang masuk, lelaki yang masih lagi berambut panjang, yang perempuan masih yang tidak bertudung, pada ketika itu gadis itu mencari lelaki yang ingin menjadi temannya. hanya sebagai perkenalan yang bermakna di situ.
pada hari para lelaki sudah potong rambut mereka.
masa hari pertama kelas, si gadis sudah duduk di tepi laluan. dia bersemangat untuk mengenali siapa ahli di dalam kelasnya. satu persatu masuk ke dalam kelas. tiba- tiba dia terpandang seorang lelaki yang baru masuk kedalam.

perkenalan bermula disini. 
"wah. dia hensem. aku nak dia". kata gadis itu dalam hati. saat yang bahagia bila  lelaki itu duduk sama lajur dengannya. hanya laluan yang sebesar peti ais yang memisahkan mereka. permainan pertama yang dimainkan didalam kelas ialah. perkenalan. pelatih perlu menghafal nama nama rakan mereka yang berada sebaris dengan mereka. disebabkan lelaki itu sebaris dengan gadis itu. gadis itu bergerak aktif.


bila part mahu bertanya semua nama lelaki disitu. gadis itu bertanya kepada lelaki itu sahaja. bukan kepada pelatih lelaki yang lain. gadis itu cuba menerangkan semua nama pelatih perempuan di pihaknya. alasannya mahu perkenalan bergerak dengan cepat. lelaki itu dengan gadis itu yang hanya berbual. yang lain cuma mengganggukkan kepala sahaja.


perkenalan menjadi seronok bila. ada diantara mereka yang tidak berapa dengar siapa pelatih perempuan. lagi lah berbual si gadis dan si teruna. mereka berlaga tangan pabila mahu memperkenalkan pelatih lain. si gadis lama juga tangan mereka bertembung, tapi mereka buat tak tahu sahaja. hanya membiarkan.


ketika keluar dari kelas. si gadis terus menerpa rakannya untuk memberitahu perkara yang baru sahaja berlaku. dengan semangat gadis itu memberitahu rakan- rakannya. rakannya sungguh tidak percaya yang si gadis itu dapat menemui seorang lelaki yang dapat menambat hati gadis itu.

"mana lelaki itu?" tanya memey.
"huh? ehh. aku dah luapa lah. alamak. aku mana ingat muka dia!" kata si gadis.
memang kelemahan gadis tersebut. dia tidak dapat ingat wajah lelaki yang disukainya.
masa berlalu .
keesokaan harinya, perempuan itu matanya tidak berhenti meneliti setiap wajah lelaki semalam.
 kelas bermula. dia berjaya mengingati yang mana satu lelaki itu. hari demi hari berlalu.
gadis itu sering tersenyum pabila melihat lelaki itu. 


bila gadis itu mengalami masalah, dia akan cuba melihat lelaki itu dalam diam. tenung, perhati lelaki itu. samapai cikgu pun boleh perasan yang gadis itu sedang melihat lelaki itu. dalam class. gadis itu cuba duduk bertentangan dengan lelaki itu. supaya senang bagi dia untuk merenung. rakan si gadis cuba merapatkan hubungan antara mereka.

selama 2 bulan setengah banyak perkara yang gadis itu lakukan. dan semakin ramai juga yang perasan tentang gadis itu. sepanjang masa fikiranya pada lelaki itu sahaja. cinta gadis itu buat lelaki itu suci. semakin hari PLKN akan menghabiskan latihan. gadis itu seboleh-boleh  menghargai masa yang ada.


pada saat hari berangkatnya semua pelatih pulang. pada hari itu, hujan renyai. hujan menggambarkan perasaan mereka semua.  gadis itu tidak menentu. lelaki itu balik paling awal. sebab dia mana suka PLKN ni. gadis itu hanya memerhati lelaki itu dari jauh. 
" kalau aku jadi kau, aku kejar dia . aku akan bagitahu yang aku suka dia." kata mey.
"aku takut" itu sahaja yang dapat gadis itu ungkapkan.. 

mey rentap tangan gadis itu. berlari mengikuti lelaki itu dari belakang. 
"WEYH! bye. " mey cuba bersuara untuk menarik perhatian lelaki itu.
dia menoleh. hanya senyuman yang diberi. senyuman bersertakan lambaian tangan.
gadis itu hanya memerhati dari sebelah mey. melihat terunanya pergi.

lelaki itu melangkah keluar dari kem itu. gadis itu berhenti, air matanya keluar tanpa dapat ditahan lagi. air matanya berjujuran membasahi mukanya sama seperti hujan yang membasahi bumi. mey memeluk rakannya.  
"awak, kalau dia muslim, kita mungkin boleh tolong awak. tapi dia non-muslim. Awak, saya mahu minta maf, tidak dapat buat yang terbaik untuk awak. maafkan saya". 
gadis itu hanya menangis sambil memandang keluar. 
"mey, takpe. bukan jodoh aku. ada orang yang lebih baik. mey, kau dah buat yang paling terbaik sebenarnya. maafkan aku sebab aku tak terluah perasaan aku kat orang yang aku suka. aku tak berani macam korang semua. korang semua dah luahkan pada orang yang korang suka. tapi aku. aku lemah. aku tak kuat. hanya mampu menyukai. tapi takut untuk melafazkan kata cinta".

PENGAKHIRAN bagi seorang gadis yang teramat menyukai lelaki itu belum berakhir.