Wednesday 24 October 2012

Indah

Lautan itu nampak menarik. dari jauh.
aku cuba dekati.
lautnya berwarna biru kehijau-hijauan.
nampak ikan berlari-lari.


tanpa melengahkan masa lagi, 
tanpa berfikir panjang,
aku terus terjun.
menyelam. ingin tahu bagaimana indah kenikmatannya.

ada batu karang, ikan berwarna- warni.
Allah. SubhanaAllah. 
sungguh indah.
aku membuat keputusan, mahu selam hingga ke dasar yang paling dalam.

Ambil tangki oksigen, tapi dalamnya hanya tinggal separuh
kerana keinginan yang terlalu tinggi.
aku tetap meneruskan rencanaku.
kembali terjun.

kawan mula memberi amaran.
tidakku endahkan.
amaran itu aku tepis bagai mencurah air ke daun keladi
teruskan menyelam. pandangan mula samar.

walaupun aku tahu bahaya yang akan mengundangku.
aku endahkan.
aku hampir ke dasar lautan.
hatiku teruja.

gelap
terhimpit
tekanan tinggi
sakit.

otak inginkan aku naik ke atas..
hati inginkan aku terus masuk ke dalam. 
badanku bergerak kedasar.
aku hanya menurut.

bekalan oksigen tinggal sedikit.
"aku perlu naik"
tapi. Ahhhhhhh!!
kakiku kejang.

meronta memohon pertolongan
"Allah, tolonglah hambamu ini. tunjukkanlah jalan keluar untukku.
adakah aku akan pergi meninggalkan dunia dengan cara ini?
Allah. tolonglah hambamu :'("
bertarung dengan diri sendiri. 
takku mampu sentuh ke dasar lautan yang megah ini.

aku tahu, lautan ini tidak akan menolongku.
lautan takkan menjeluakkan aku.
adakah aku akan digigit dimamah ikan jerung?
atau mati reput dimakan usia.

tiada jalan lain.
aku akan mati. matiku tiada siapa yang tahu.
aku akan pergi. pergiku dengan keizinan Allah.
aku terpaksa pergi. mataku rapat lelapnya.

"aku terpaksa pergi. perlahan lahan aku akan pergi. 
maafkan aku, aku telah masuk terjerumus dalam lautan yang tak mampu aku tangani.
aku faham perasaan kau.
sangat faham".

CAHAYA. PANAS. ANGIN.
dimana aku? Syurga?
tidak. aku masih hidup.
bunyi burung berkicau.
aku berada atas daratan.


aku terselamat!
Alhamdulillah Allah, syukur.
masih merasai kenikmatan hidup.
tapi. siapa yang menyelamatkan aku?

siapakah yang menyelamatkan aku?
itu persoalan yang berlegar dalam benakku. 

Thursday 11 October 2012

Sepet berlaukkan Senyuman



MATA SEPET BERLAUKKAN SENYUMAN


so, hari ni aku aku terpikir nak post pasal mata sepet ni. 

Oi Sepet! 
Oi Cina!
Oi Comel! ehh.

banyak dah nama panggilan unutk si sepet. 
kadang kadang ada yang tak suka mereka digelar sepet.
kadang kadang ada oang suka. 
tapi kalau orang tu tak suka dengan panggilan yang kita bg kat dia. 
tolong berhenti panggil. dia tak suka. dan itu dosa.


tapi aku suka.
mulanya menunjukkan cara tak suka.
tapi lelama minat pulak.
sebab tak ramai orang mata sepet ni.
aku mewarisinya dari ayah aku.

aku pun tak tahu apa kelebihan  yang sebenar untuk yang bermata sepet ni. 
tapi sepet itu comel.
bukan nak memuji diri sendiri.
ini hanya pandang aku yang hina lagi dina. HAHAH

mata sepet : protection habuk dan cahaya lebih dari yang bermata booolat.
mata aku akan automatik tutup bila panas. ada sesetengah orang tak. 
tapi aku dgn adik aku. ya.

mata sepet : sexy
HAHAH. serious lah. orang korea lelaki ghamai yang sepet. sexy kan dorang

aku selalu gunakan advantage ni untk tengok orang yang aku suka,
tak gunakan khidmat sunglass ray ban.

kalau aku gelak.
hmm. jangan cerita lah. 
"kau nampak tak dunia ni"? 
persoalan tu sering bermain dalam kepala otak aku. 

kawan aku kata. "Alia, kau senyum. mata kau nipihhh, halus je. kau tahu macam mata kartun.
macam tu lah mata kau".
kekadang terharu. kekadang rasa geram.
tapi takpe. ni semua kejadian Allah.

but I still love the way I am. :)



muka macam berlagak je kan. HAHAH
see. I still can see You. 
I Love You. 



cuba sepetkan mata anda. hewhew


Monday 8 October 2012

Unknown

Asslammualaikum.

bismilahirrahmanirahim.
sejak akhir akhir ni, emosi aku bergolakan. cewahh
aku sendiri tak paham kenapa ada perasaan macam ni.
perasaan yang tak pernah aku duga.
perasaan yang tak pernah aku idamkan.

Hal yang berkaitan dengan hati teramat lah sensitif.
lebih lebih lagi bila melibatkan beberapa insan.
mengapa ini berlaku?

ini jalan cerita kita. 
cerita yang kita tak tahu,
apa penghujungnya. 
cerita yang kita tak tahu,
apa muslihatnya.
PERTEMUAN ini dirancang.
PERPISAHAN ini tak disangka.
betapa manisnya PERTEMUAN,
dan betapa peritnya PERPISAHAN itu, 

macam mana manisnya pertemuan itu, biarlah perpisahan juga semanis pertemuan. 
betapa sakitnya hati dalam sesuatu perhubungan itu,
biarlah dia terubat dengan senyuman.
senyuman yang menjadi pemanis hati.
senyuman yang memberitahu kepada orang, 
'INI ADALAH SENYUMAN PENGUBAT'. 

Aku tak tahu apa yang menyebabkan aku jadi macam ni.
aku sendiri pun tak dapat nak luahkan melalui kata kata.
bukan terlalu perit, 
mungkin terlalu complicated.

apa yang terjadi semua ada hikmahnya,
semuanya sudah diatur oleh yang Maha Esa.
Allah hanya bagi dugaan pada mereka mengikut kemampuan seseorang.
kerana dia tahu tahap setiap hamba-Nya.

Alahmdulillah Allah. 


Alhamdulillah

ehemm ehemm. 
hari ni kau nak beremosi sikit. pada petang yang dingin, 
yang tak diganggu oleh adik-adikku.
berada diatas katil yang empuk
 dan bukannya katil kat rumah sewa tu.

Cuti sem 4 sudah pun bermula. 
setelah berhempas pulas membuat projek yang macam tendernya berjuta juta.
hanya Allah sahaja yang tahu macam mana aku dgn nurul berhempas pulas untuk selamatkan carry mark kami.
Akhirnya dapat jugak kami siapkan. 
perasan kami hanya Allah sahaja yang tahu.

pada mulanya hanya berserah dengan apa yang kami dapat. 
kerana itu yang kami hanya mampu lakukan. 
Allah tidak memandang pada hasil. 
tapi dia pandang pada USAHA yang dicurahkan. 

Setiap yang berlaku itu pasti ada sebabnya.
hikmah yang kita sendiri tidak sedar. 
hikmah yang kita sendiri tak sangka.
Allah selalu tahu apa yang terbaik untuk hamba-Nya.



JIKA INI TAKDIRKU,
AKAN KU BERSERAH KEPADA-NYA