Monday 3 December 2012

This Virus


My Condition When Seeing You Happy



I'm Trying To 




But Deeply, Its




Friday 2 November 2012

Them

Assalammualaikum
aku pernah buat entry pasal sahabat.
Zaman sekolah.
aku selalu bersama dengan 3 orang gadis. .Selalu.

kami selalu berempat. 
Puteri, Nina, Fae, Alia.

Puteri.
Bijak.
Cantik 
baik budi pekerti orangnya.



Nina fatiha.
Pandai 
Tinggi.
Macho orangnya. okay. nina berpakaian hitam. takda gambar dia sorang. :(


Fae.
Pandai mengurus.
Tembam.
bahagia orangnya.


Alia.
it just me. nothing special. :)
actually, i'm just like daughter to them. 


semasa persekolahan, hidup aku sering 'dijaga' oleh mereka.
boleh belajar dengan put,
dijaga oleh nina.
masalah boleh diuruskan oleh fae.
aku selamat.

TAPI...
 segalanya berubah bila aku menjejaki ke dunia yang lebih luas.
UNIVERSITI.
aku jejak
aku melihat
aku terduduk.

kehidupan sebenar. mahu mula dari bawah. berkenalan.

pernah ada assignment Algebra.
aku terlalu takut. aku perlukan put.
sanggup balik KL.
malam malam bertandang rumah orang hanya kerana mahu siapkan assignment Algebra yang pertama.
bertapa sampai pukul 12 pagi sebab nak siapkan kerja.
dapat belajar buat kali terakhir dengan put. 
best memories ever.

Alhamdulillah. aku bertemu dengan housemate yang peramah. 
Nana, Bihah, Shera.
tidak sombong, 
peramah ya amat.
terasa seperti dah berkenalan lama dengan mereka.

kalau nak bercerita pasal mereka, memang tak habis lah kan.
mereka yang terbaik. :)

aku paling rapat dengan Nana,
shera dengan bihah dah terlalu jarang jumpa. 

Nana.
she's will do anything for her friends.
dia sememangnya orang yang baik.
nana seakan-akan Fae. 
mungkin mereka pandai menguruskan sesuatu benda.
luar besi, dalam tisu. hihi



dan aku berjumpa Nurul orang Perak.
orangnya kecil
baik. perempuan melayu terakhir. actually. aku memang nak letak pic nurul pakai baju nikah. seroiusly!


Tasya yang dulunya kawan sekolah sri pantai. 
meriah orangnya. cantik :)


and Echa, yang macam orang sabah sikit. 
cantik. kelakar orangnya.
hihi

sampai sekarang aku bersama housemate, classmate, kepalamate. 
Mereka. ada disisi aku.
Always. LOL
and you'll always in my heart. wink wink ^^

Wednesday 24 October 2012

Indah

Lautan itu nampak menarik. dari jauh.
aku cuba dekati.
lautnya berwarna biru kehijau-hijauan.
nampak ikan berlari-lari.


tanpa melengahkan masa lagi, 
tanpa berfikir panjang,
aku terus terjun.
menyelam. ingin tahu bagaimana indah kenikmatannya.

ada batu karang, ikan berwarna- warni.
Allah. SubhanaAllah. 
sungguh indah.
aku membuat keputusan, mahu selam hingga ke dasar yang paling dalam.

Ambil tangki oksigen, tapi dalamnya hanya tinggal separuh
kerana keinginan yang terlalu tinggi.
aku tetap meneruskan rencanaku.
kembali terjun.

kawan mula memberi amaran.
tidakku endahkan.
amaran itu aku tepis bagai mencurah air ke daun keladi
teruskan menyelam. pandangan mula samar.

walaupun aku tahu bahaya yang akan mengundangku.
aku endahkan.
aku hampir ke dasar lautan.
hatiku teruja.

gelap
terhimpit
tekanan tinggi
sakit.

otak inginkan aku naik ke atas..
hati inginkan aku terus masuk ke dalam. 
badanku bergerak kedasar.
aku hanya menurut.

bekalan oksigen tinggal sedikit.
"aku perlu naik"
tapi. Ahhhhhhh!!
kakiku kejang.

meronta memohon pertolongan
"Allah, tolonglah hambamu ini. tunjukkanlah jalan keluar untukku.
adakah aku akan pergi meninggalkan dunia dengan cara ini?
Allah. tolonglah hambamu :'("
bertarung dengan diri sendiri. 
takku mampu sentuh ke dasar lautan yang megah ini.

aku tahu, lautan ini tidak akan menolongku.
lautan takkan menjeluakkan aku.
adakah aku akan digigit dimamah ikan jerung?
atau mati reput dimakan usia.

tiada jalan lain.
aku akan mati. matiku tiada siapa yang tahu.
aku akan pergi. pergiku dengan keizinan Allah.
aku terpaksa pergi. mataku rapat lelapnya.

"aku terpaksa pergi. perlahan lahan aku akan pergi. 
maafkan aku, aku telah masuk terjerumus dalam lautan yang tak mampu aku tangani.
aku faham perasaan kau.
sangat faham".

CAHAYA. PANAS. ANGIN.
dimana aku? Syurga?
tidak. aku masih hidup.
bunyi burung berkicau.
aku berada atas daratan.


aku terselamat!
Alhamdulillah Allah, syukur.
masih merasai kenikmatan hidup.
tapi. siapa yang menyelamatkan aku?

siapakah yang menyelamatkan aku?
itu persoalan yang berlegar dalam benakku. 

Thursday 11 October 2012

Sepet berlaukkan Senyuman



MATA SEPET BERLAUKKAN SENYUMAN


so, hari ni aku aku terpikir nak post pasal mata sepet ni. 

Oi Sepet! 
Oi Cina!
Oi Comel! ehh.

banyak dah nama panggilan unutk si sepet. 
kadang kadang ada yang tak suka mereka digelar sepet.
kadang kadang ada oang suka. 
tapi kalau orang tu tak suka dengan panggilan yang kita bg kat dia. 
tolong berhenti panggil. dia tak suka. dan itu dosa.


tapi aku suka.
mulanya menunjukkan cara tak suka.
tapi lelama minat pulak.
sebab tak ramai orang mata sepet ni.
aku mewarisinya dari ayah aku.

aku pun tak tahu apa kelebihan  yang sebenar untuk yang bermata sepet ni. 
tapi sepet itu comel.
bukan nak memuji diri sendiri.
ini hanya pandang aku yang hina lagi dina. HAHAH

mata sepet : protection habuk dan cahaya lebih dari yang bermata booolat.
mata aku akan automatik tutup bila panas. ada sesetengah orang tak. 
tapi aku dgn adik aku. ya.

mata sepet : sexy
HAHAH. serious lah. orang korea lelaki ghamai yang sepet. sexy kan dorang

aku selalu gunakan advantage ni untk tengok orang yang aku suka,
tak gunakan khidmat sunglass ray ban.

kalau aku gelak.
hmm. jangan cerita lah. 
"kau nampak tak dunia ni"? 
persoalan tu sering bermain dalam kepala otak aku. 

kawan aku kata. "Alia, kau senyum. mata kau nipihhh, halus je. kau tahu macam mata kartun.
macam tu lah mata kau".
kekadang terharu. kekadang rasa geram.
tapi takpe. ni semua kejadian Allah.

but I still love the way I am. :)



muka macam berlagak je kan. HAHAH
see. I still can see You. 
I Love You. 



cuba sepetkan mata anda. hewhew


Monday 8 October 2012

Unknown

Asslammualaikum.

bismilahirrahmanirahim.
sejak akhir akhir ni, emosi aku bergolakan. cewahh
aku sendiri tak paham kenapa ada perasaan macam ni.
perasaan yang tak pernah aku duga.
perasaan yang tak pernah aku idamkan.

Hal yang berkaitan dengan hati teramat lah sensitif.
lebih lebih lagi bila melibatkan beberapa insan.
mengapa ini berlaku?

ini jalan cerita kita. 
cerita yang kita tak tahu,
apa penghujungnya. 
cerita yang kita tak tahu,
apa muslihatnya.
PERTEMUAN ini dirancang.
PERPISAHAN ini tak disangka.
betapa manisnya PERTEMUAN,
dan betapa peritnya PERPISAHAN itu, 

macam mana manisnya pertemuan itu, biarlah perpisahan juga semanis pertemuan. 
betapa sakitnya hati dalam sesuatu perhubungan itu,
biarlah dia terubat dengan senyuman.
senyuman yang menjadi pemanis hati.
senyuman yang memberitahu kepada orang, 
'INI ADALAH SENYUMAN PENGUBAT'. 

Aku tak tahu apa yang menyebabkan aku jadi macam ni.
aku sendiri pun tak dapat nak luahkan melalui kata kata.
bukan terlalu perit, 
mungkin terlalu complicated.

apa yang terjadi semua ada hikmahnya,
semuanya sudah diatur oleh yang Maha Esa.
Allah hanya bagi dugaan pada mereka mengikut kemampuan seseorang.
kerana dia tahu tahap setiap hamba-Nya.

Alahmdulillah Allah. 


Alhamdulillah

ehemm ehemm. 
hari ni kau nak beremosi sikit. pada petang yang dingin, 
yang tak diganggu oleh adik-adikku.
berada diatas katil yang empuk
 dan bukannya katil kat rumah sewa tu.

Cuti sem 4 sudah pun bermula. 
setelah berhempas pulas membuat projek yang macam tendernya berjuta juta.
hanya Allah sahaja yang tahu macam mana aku dgn nurul berhempas pulas untuk selamatkan carry mark kami.
Akhirnya dapat jugak kami siapkan. 
perasan kami hanya Allah sahaja yang tahu.

pada mulanya hanya berserah dengan apa yang kami dapat. 
kerana itu yang kami hanya mampu lakukan. 
Allah tidak memandang pada hasil. 
tapi dia pandang pada USAHA yang dicurahkan. 

Setiap yang berlaku itu pasti ada sebabnya.
hikmah yang kita sendiri tidak sedar. 
hikmah yang kita sendiri tak sangka.
Allah selalu tahu apa yang terbaik untuk hamba-Nya.



JIKA INI TAKDIRKU,
AKAN KU BERSERAH KEPADA-NYA



Sunday 16 September 2012

Dugaan Ini

Assalammualaikum. 

Kehidupan ini sudah dirancang.
Kehidupan ini sudah tertulis.
kehidupan ini sudah ditakdir.
Oleh Allah SWT.

Dugaan datang dan pergi.
Kemanisan hidup datang dan pergi.
kesusahan datang dan pergi.
Ujian datang dan pergi.

Ada ujian yang diturunkan nampak susah.
Ada ujian nampak senang. terpulang kepada kita 
macam mana kita uruskannya.
harus kuat menghadapinya.

Percayalah.
Dia memberi ujian itu kerana Dia ingin tahu sejauh mana kekuatan iman anda.

Sunday 26 August 2012

Raya Saya. Anda?

Assalammualaikum


entry baru aku nak buat pasal Raya.
kita dalam musim raya lagi, 
so, masih berkesempatan lagi lah aku nak buat entry pasal Raya,
1st day Raya.
maaf. bahasa agak berterabuq sikit. 
Raya pertama aku raya kat Melaka, tapi tahun ni lambat sikit balik kampung sebab ibu masih menyiapkan baju orang yang hantar last last tu. haihh. kesian ibuku. 
pagi raya tu balik kampung, tak pernah dalam sejarah buat macam tu, agak terkejal juga situasi macam tu.

lepas subuh kami bertolak pulang ke desa, kampung kuala sg.baru. 
rupanya budak sekolah aku terlalu ramai yang kampungnya dekat dekat. cuma tak tahu rumah je ni.
heading to melaka, jalan tak jammed sebab ramai yang telah berada di desa. tinggal kami terkontang kanting di jalan raya, HAHHAHA. 

dalam kereta sempat lagi.




perjalanan kami mengambil masa dekat 2 jam sahaja.
tibanya di kampung. haaaa. ada busu je kat rumah dengan nenek.
itu lah hikmahnya, kalau balik awal pun ada keluarga busu je. tak best lah cerita dia. ramai family balik lambat. 
family Abg Daud balik sama dengan kitorang. 
pagi tu ziarah kubur then terus ke misi makannn.



ini kami beradik. walaupun kami selalu gaduh, tapi walau macam mana pun teruk kami gaduh. kami still bertegur :D
\
sempat lagi bertaking taking pictures. 
1st day kami sangat panjang.  
kami hanya beraya 2 kereta sahaja. sebab yang lain tak balik lagi. ohh sedih.
mula pergi rumah darat, family ayah mmg ramai kat kg.baru, 
haaa, di kampung baru tu lah, ada perkara yang tidak diduga. 
ingat nak main main. haa kau, bebetul rupanya. hambikkkk kau.

patutnya aku patut menjawab "saya dah berpunya dah makcik."
disebabkan perkataan tu tak keluar dari mulut. tapi keluar perkataan 
"mungkin dah ada kot pakcik".
perkataan KOT tu memang membunuhku.

orangnnya tinggiiiiii, kalau nak pandang dia. kene naik atas kerusi makan.
orang bola tampaq. dah ada kerja dan tua.
balik je dari rumah sedara ayah tu. hebohhhh semua orang.
gaya macam main main. 

pergi rumah tanjung, sebelum jejak rumah dia sempat lagi ziarah kubur Hang Tuah. orang kata hang tuah hilang, takde kubur. tapi tak tahu lah. cuma menziarahi sahaja.
prove :)

TAK MELAYU HIANG DI DUNIA

Lepas pergi rumah tanjung, kami bertolak ke Klebang.
niat nak tengok kapal selam lah kan. 
sebelum jumpa kapal selam tu, sempat lagi


say Hi to kapal selam yang dibawa naik ke darat :)



macam  hot desert :D


lepas penat berposing, tujuan nak ke rumah orang mak lang. tapi disekat oleh permintaan orang ramai. mereka mahu ke FUN FAIR. okay 1st day raya pergi fun fair. itu memang tak masuk akal. apa ada hal. :)



tudia tudia tudiaaaa. maida maidaa.

kepakaran angah membaling dart. ehh. HAHAHAH. 


alamak. amoi ni interframe pulak. haihhh. orang nak ambil gambar angah hensem je. aku harap angah baca blog aku. HAHAHA. 

see what we won :)


mula tadi, kitorang  orang first masuk fun fair. lepas tu berpusu pusu orang masuk. HAHA. kami bawak rezeki. ehh. :)


semua adaaaaaaa except angah. wooooo. SEBAB DIA YANG AMBIL GAMBAR.
penat bermain game, balik rumah maklang. makannnn :)
malam tu, abang min balik dengan abg muaz.
yeahhh!! teman bertumbuk dah balik :)
takdelah rindu sangat kat abg min tapi ada lah sikit. HAHA
AHHHHH!! statement apa aku buat ni?


we are in purple :)


Raya ke-2

masih lagi dalam situasi 'tak sangka' . family sedara ayah datang pulak, yang tu tu tu tu. siap bawak calon lagi. HAAAAA. sekali dia dtg dapur menanya aku sendiri. cousin lain semua dah bahak bahak.
anda perlu tahu perasaan bila ditanya oleh mak laki itu sendiri dan cousin ketawa sambil meng'Amin-aminkan. berita ini seperti layang layang. melayang dah sampai keluarga jauh. 
berita yang tiada hala tuju. mana nak hala je. 
tapi takpa, itu semua pengalaman. 
SiDia masih tak paham. dah bagi hint baik punya. 

setengah hari tu sebelum balik pahang, dapatlah meluagkan masa bersama cousin lain. sempat lagi berdekah. abg min kuat, takpa kalau aku pukul dia. tapi kalau dia balas balik. better kuatkan fizikal anda. lepas bertumbuk sakan. maka bermula lah journey to Triang, Pahang :)


Heading to Pahang.
Kak lang ngan Ibu. muka ibu gangster gila. HAHAH

akhir kata, maafkan aku bila ada tertulis yang berapa nak menyedapkan hati kamu. sebab entry ni bahasa kasar sikit. btw 
SELAMAT HARI RAYA :)






Tuesday 31 July 2012

MENGINGINKAN PELUANG

dia datang hanya sekali
cukuplah sekali sahaja kehadiran dia
walaupun hanya sekali, 
dia dapat memeriahkan hidup kita selamanya

Allah memberikan kesempatan untuk mengenalnya
perkenalan itu diingati hingga ke akhir hayat
pertemuan hanya berapa detik
mampu menjadi kesan lama.

tetapi sayang, 
dia mengunci hatinya
dan tak benarkan sesiapa untuk masuk
masuk untuk menawan hatinya

benarkanlah seseorang untuk masuk 
"saya tahu awak boleh lapangkan ruang kosong untuk saya,
saya tak kisah siapa duduk hotel hati awak sebelum ini
saya dengar hati awak,
tapi awak berpura pura mengatakan tiada ruang kosong".

"jangan ganggu", itu yang tertulis,
"awak tutup, kunci hotel hati awak,
tidak membenarkan sesiapa membuka kunci".


"berikan saya peluang
untuk saya kekal mendaftar dalam hati awak.
berikan ruang untuk saya
mungkin saya boleh membahagiakan awak."

beriku peluang itu, 
mungkin kekalkan hingga ke jannah 
pertemuan sesingkat itu dapat mengubah segalanya
mengubah hidup 2 insan.



mengharapkan kau adalah jodohku sayang :D








Saturday 21 July 2012

RAMADHAN



kini dia datang sekali lagi dalam hidup kita.
bersyukur kerana dapat merasa sekali lagi bulan penuh dengan kesucian ini.
diberi peluang oleh Allah S.W.T untuk memohon keampunan. 
bulan yang dinanti-nantikan oleh umat islam.
umat manusia berpusu pusu melakukan pahala di bulan ini.
mengaut pahala.
lakukanlah perkara baik
seperti kamu akan meninggal pada hari esok.
lakukanlah perkara yang baik
dengan niat yang ikhlas :)


bersyukurlah kamu kerana
kamu berada di atas dunia ini.
bersyukurlah kamu kerana 
kamu masih boleh menyirup udara segar.
bersyukurlah kamu kerana 
masih boleh memohon keampunan
bersyukurlah kamu kerana
masih boleh berpijak atas dunia yang hanya dipinjam kepada kita.
bersyukurlah kamu kerana  
ALLAH MASIH MEMBERI PELUANG UNTUK KAMU HIDUP.

moga bulan ini menjadi platform untuk kita mengaut pahala. :)
dan menjadi bulan yang terbaik.





Wednesday 18 July 2012

3 DAYS AT PARIT BUNTAR

bertarikhkan 7 JULAI 2012.
bertempat di Parit Buntar,Perak.
ikut Sahabatku NURUL SHUHADA BT ASAT.
tujuan aku ikut nurul sebab nak rasa macam mana perasan duduk dalam bus selama 7 ke 8 jam.
aku tak rasa panjang sebab aku asyik tidur je kot. so, tak berapa nak rasa perjalanan yang jauh tu.
rasa mual lah bila masuk bus tu sebab ada bau buah yang busuk gila. bau macam orang muntah.
okay. gedegang gedegang tup tup dah sampai kat Parit Buntar.

ssampai sana dalam 5pg lbh. ayahanda nurul ambil kami. Aku disambut mesra oleh ibu Nurul.
ibu nurul baik gila. aku terasa segan pulak. 
Pagi tu, bangun awal, sebab hari sabtu hari pernikahan. warna tema ialah warna pink. 
Si Puteri memang cantik.

Si Puteri menanti saat debaran.

Alhamdulillah, sudah diijab kabul. 

sempat jugak lah nak amik sekeping dua dengan pengantin :)


Pada keesokkan harinya, tibalah hari persandingan.
tema warna merah. kali ni aku tak dapat nak sama warna dengan tuan rumah. 
macam biasa. pesan Si Ibu, "pakai baju ni bila ada events saja.".
ni baju hari jadi :) ibu buat :))

sempat ber'over' dengan nurul.

 keluarga cik NURUL SHUHADA BT ASAT :)



selepas perkahwinan akak kak emy. keesokkan harinya. kami pergi ke PEKAN LAMA n BAN PECAH.
BAN PECAH dimana kita dapat lihat sawah padi bersebelahan dengan laut. amazing?
pada mulanya aku pun fikir macam pelik. then, tengok. memang betul. alaa. dah banyak keluar tb ni.
macam ni cerita dia. ada legenda. dulu. ada anak yatim. orang makan duit dorang, so nak pendekkan cerita. anak yatim tu berdoa agar sawah padi ditenggelamkan oleh laut.
then, sampai sekarang padi bersebelahan dengan laut. tu lah lagenda dia.
kami pergi pekan lama. dekat parit buntar.




bersama mi udang. :D


okay. kat sini ban pecah. boleh tengok belah kanan sawah  parit, kat kiri laut. unbelievable?
HAHAHA

ini kami :)


sebenarnya yang bawa kami ni kakak nurul, kak za ngan tunang dia.
tapi takut nak upload. tak mintak permission dia. mereka sangat SWEET .
serious gila. kenal seminggu terus tunang. masya-Allah :)
bermula dari sini lah niat berkobar kobar nak kahwin datang. ingin mendirikan masjid baru. insyaAllah. jika diizinkan Allah. mengharapkan jodoh akan datang dengan cepat. ehh. :)

sekian sahaja cerita melalut aku :)
ASSALAMMUALAIKUM  :D





Wednesday 4 July 2012

SEKELIP MATA

dia berada disebuah tempat yang tidak diketahui
yang cantik, indah umpama sebuah istana
keadaan mereka seperti membuat persediaan untuk satu perayaan
masing masing busy dengan tugas.

"kamu akan menang malam ni" kata ayahnya.
tetapi sidia hanya diam membisu kerana dia tahu dia tidaklah sebagus yang dijangkakan
melalui tempat permainan sambil diiringi oleh ayahnya.
tersergam indah dunia dihadapannya.

dia berjalan mendekati orang yang mungkin dikenalinya,
dia memanggil seorang teman yang seperti dekat dengannya,
datang seorang perempuan cantik datang menhampirinya dengan lirikan mata yang tidak begitu selesa,
memandang seperti dia membuat perkara yang terkutuk.

kaki membawa hala tuju mereka,
sampai di tempat dimana orang ramai membuat persediaan terakhir,
datang untuk mencari seorang yang dirindui
lalu ditutup pintu.

sahabat menarik tangan,
menuju seorang lelaki tua yang sedang baring
"ini adalah bapa mertuamu" katanya
dengan pantas dia bersalaman lalu beramah mesra.

"nama anak siapa?" terjah bapa mertua,
dia menoleh dan melihat seorang budak lelaki menghampirinya, 
budak itu terasa mesra dengannya.
"nama saya hafiz" kata anaknya

dia seperti hilang ingatan, sejak bila dia berkahwin?
datang seorang lelaki datang menghampirinya
duduk dekat, rapat, sambil tersenyum kearahnya.
dia terasa begitu selesa dengan lelaki itu walaupun tidak mengenali.

perbualan dekat, tersenyum sipu, 
dengan muka kebingungan memandang suaminya
"macam mana kita boleh nikah?" persoalan itu keluar dari mulutnya tanpa diduga.
suaminya ketawa kecil, melihat telatah isterinya.

"kita kenal dari kecil, kita membesar sama sama" kata suaminya.
dia masih terasa dia hilang ingatan.
hilang ingatan tentang anak, suami, bapa mertua.
tetapi dia terasa rapat dengan suaminya.


dia seperti hilang ingatan hampir semuanya,
hanya mengenali ayahnya


suami yang tidak pada realiti tapi suami di fana
suaminnya adalah salah seorang rakannnya
rakan yang dia suka dan diingini
bangun dari lenanya, lenyap semua mimpinya.

mungkin ini petunjuk untuk dia kahwin awal. wehuuuu. HAHAHA
permainan tidur sahaja

Saturday 23 June 2012

GOLONGAN ITU

kata- kata kemaafan kadang kadang sukar untuk dilafazkan,
sukar untuk diucapkan,
tetapi kata kata cemuhan, kejian, hinaan acap sekali diucap,
sering sekali untuk dibicarakan dalam perbualan harian.

REMAJA...
anak muda yang merayau,
menjadi kutu jalanan,
ibarat samapah kepada masyarakat,
dianggap tidak berguna kepada negara,
dikeji oleh orang ramai kerana dari segi,
pertuturan. pemakain dan interaksi antara masyarakat.

pada mereka 
golongan yang suka membuat kacau,
kemusnahan, keganasan,
menjadi kutu jalanan, bagai batu yang disepak di tepi jalanan,


TAPI....
PERNAHKAN KAMU
mendekati golongan ini?
PERNAHKAN KAMU
menyelami hati perasaan golongan ini?
PERNAHKAN KAMU 
mengambil tahu sedikit tentang mereka?
PERNAHKAN KAMU?

mendekati golongan ini.
hati mereka baik, tapi mungkin kerana pengaruh
hati mereka cepat terusik, 
hati mereka seperti gula kapas.


golongan ini 
perlu disentuh,
perlu dibelai,
perlu dijaga seperti bayi.

ingatlah. sekebal mana pun seseorang itu, 
jika dibelai, insyaAllah.
ibarat jatuhnya air diatas batu 
sekeras mana pun, dapat dilekok oleh air.

ASSALAMMUALAIKUM :)

Monday 11 June 2012

ANUGERAH ALLAH SWT

mencintai seseorang itu memang satu perasaan yang bahagia, seronok, indah, dan lain lain.
kita seperti berada di suatu alam yang hanya kita sahaja berada disitu,
tidak melihat orang lain, kecuali hanya anda dan pasangan anda.
perasaan yang tidak semua orang boleh memiliki.
mencintai seseorang adalah perasaan yang nikmat.
kita memang akan merasa perasan itu, atau mungkin anda sudahpun merasainya.

mencintai orang memang senang, tapi bagaimana feedback?
adakah dia mempunyai perasaan yang sama seperti anda.
baguslah jika dia pun mempunyai perasaan yang sama.
tapi bagaimana yang tidak?
adakah anda terus menyukainya?
adakah anda terus bertepuk sebelah tangan?
adakah anda terus menyukai orang yang tidak perasan langsung tentang kehadiran anda?
adakah anda akan teruskan perasaan itu?

bagi orang yang terlalu menyukai seseorang, mereka akan meneruskan untuk menyukai.
tapi sampai bila?
sampai dia perasan anda ada?
tapi bagaimana jika dia beritahu yang dia sudah pun menyukai orang lain?
sangat menyakitkan.

walaupun anda menyukai orang itu,
beritahu lah dia yang anda menyukai dia,
beritahu dia,
luahkan.
biarpun dia menolak,
tapi anda sudahpun meluahkan perasaan lama yang terpendam.
mungkin itu akan melegakan anda. :D

walaupun dia tidak menerima anda,
tapi dia akan ingat bahawa ada seorang insan yang berani meluahkan kata cinta kepadanya.
pada saat itu mungkin dia akan mengingati anda.

jangan katakan cinta itu kejam.
manusialah penyebabnya.
ini adalah anugerah Allah kepada umat-Nya.