Wednesday 6 November 2013

Masih

Tak sangka aku masih
sentuh
bau
pijak
lihat
dengar
rasa
yang dulu aku tinggalkan
yg dulu aku terokai.

Tak sangka aku.
Aku mengulanginya lagi sekali
jalani hidup disini.
Dulu yang aku mahu jauhi.

Tapi dulu
bukan seperti ni.
Setiap hari.
Tak sama.
Hambar.
Aku penat.

Ahh sudahlah.

Dekat

Aku ada cerita.
Cerita yang tak ada dimana-mana.
Cerita yang aku sahaja penglipur laranya.

Tersebutlah kisah.
Satu hari,
Keluar dari class.

Terpandang dia.
Jauh dia berdiri.
Aku masih merenung.
Lama aku tenung.

Sampai dia perasan aku.
Mata berselisihan.
Aneh rasanya.
Dekat sangat.

Apa tu ya?
Kalih pandangan.
Detik terlalu cepat.
Aku makin lupa raut wajahnya.

Aku kalah pada ingatan.
Aku biakan memori ini.
Disoret dalam paparan elektronik.
Kan ku ingt perasaan pelik itu.