Monday 9 January 2017

Harini

Hari ni mungkin hari yang terakhir buat masa sekarang. Hari yang yang akan datang, bakal tiba.

Selepas ini, perjumpaan mungkin sebulan sekali atau beberapa bulan sekali.

Jarak dan masa bermain peranan dalam situasi kami.

Bila kita sering bertemu dan bergurau senda, tiba tiba keadaan berubah menjadi pertemuan yang jauh dan masa memisahkan.

Ini adalah peringkat awal, bagi aku dan dia mengorak langkah kecil.

Orang kata, takpa jauh dimata asal dekat dihati. Betul, tapi bila kita dah selalu berjumpa, dan tibatiba tiada depan Mata. Terasa sakitnya.

Sabar amat penting. Ya, sabar menghadapi dugaan. Allah nak tengok jauh mana kesabaran kita.

Tahun ni akan menjadi tahun yang agak sukar. Dengan aku menghadap praktikal. Dengan dia menghadap PSM 2. Sounds simple. But, yeah. It is not easy as expected. Dia orangnya busy melakukan kerja. Aku orangnya bersahaja melakukan kerja. Dia bukannya orang yang jenis multitasking. One thing at one time. Kalau aku, all things in one time.

Kami 360 habis orangnya.
Jika dia air, aku api.
Jika dia lembut, aku ganas.
Jika dia cakapnya bertutur, aku bersepah.
Jika dia kelakuannya sopan, aku buas.
Jika dia makan nasi kemas, aku ikut suka.
Jika dia marah, aku diam
Jika dia tenang, akulah orang paling kelam kabut.

Kami. Tiada persamaan. Langsung.
Aku seperti perempuan ganas garang yang jalannya seperti gangster pakai Kain.
Dia seperti lelaki tenang cool yang jika ada gempa bumi pun masih relax.

Dalam kegarangan tersulit kemanisan.
Dalam ketenagan terselit ketegasan.

Dalam kata lain. We complete each other even though semuanya purak peranda.
💞

No comments:

Post a Comment