Thursday 31 May 2012

MENGAPA



MENGAPA


aku memandang sekeliling,
melihat kerenah orang tua yang sudah lanjut usianya
melihat gaya budak remaja yang sangat bersosial
melihat  telatah budak budak kecil yang keriangan
melihat manusia dengan telatah dan kerenahnya.

aku memandang sekeliling 
terlihat gunung ganang yang tinggi membukit seperti timbunan konkrit 
terlihat padang yang kehijauan seperti terbentangnya billion duit RM5
terlihat pokok besar yang meninggi lagi menimbun seperti tingginya  menara KLCC yang tersergam indah
terlihat awan putih yang berkepul kepul seperti ada cahaya didalamnya 

aku memandang sekeling
dikala itu aku teringat mengapa aku dilahirkan di dunia ini
mengapa ada pengorbanan?
mengapa ada pertaruhan?
mengapa ada kasih sayang? 
mengapa ada kekejaman?
mengapa?  mengapa?
terlalu banyak persoalan yang bermain dalam fikiran kita. 
terlalu banyak drama yang berlaku di sekeliling kita.
terlalu dan terlalu.

tapi pernahkah kamu duduk sebentar?
duduk menenangkan fikiran kamu.
berfikir mengapa semua ini terjadi?
berfikir sejenak, berfikir dengan dalamnya.

ALLAH. ALLAH ALLAH.
itulah jawapannya.
kita ada disini kerana ALLAH yang menginginkannya.
kerana ALLAH jugak kita dilahirkan. 
supaya kita tahu bagaimana rasanya  hidup di atas muka bumi ini.
apa yang berlaku, apa yang jadi, semua sudah tertulis.
 ALLAH mahu lihat bagaimana cara, sikap, kelakuan kita terhadap dugaan yang diterima. 
semua ini adalah ketentuan ALLAH. S.W.T. 
dia yang MAHA BESAR. 
bersyukur lah kamu keranan masih ada diatas bumi Allah ini.
ALLAH HUAKHBAR. 

No comments:

Post a Comment