Tuesday 5 June 2012

PERKENALAN dan PENGAKHIRAN

ASSALAMMUALIAKUM :)

PERKENALAN dan PENGAKHIRAN .


PERKENALAN bermula di KEM PUTRA SENTOSA, SARAWAK.
seorang gadis yang teringin mencari seseorang yang menarik perhatiannya. pada ketika semua orang masuk, lelaki yang masih lagi berambut panjang, yang perempuan masih yang tidak bertudung, pada ketika itu gadis itu mencari lelaki yang ingin menjadi temannya. hanya sebagai perkenalan yang bermakna di situ.
pada hari para lelaki sudah potong rambut mereka.
masa hari pertama kelas, si gadis sudah duduk di tepi laluan. dia bersemangat untuk mengenali siapa ahli di dalam kelasnya. satu persatu masuk ke dalam kelas. tiba- tiba dia terpandang seorang lelaki yang baru masuk kedalam.

perkenalan bermula disini. 
"wah. dia hensem. aku nak dia". kata gadis itu dalam hati. saat yang bahagia bila  lelaki itu duduk sama lajur dengannya. hanya laluan yang sebesar peti ais yang memisahkan mereka. permainan pertama yang dimainkan didalam kelas ialah. perkenalan. pelatih perlu menghafal nama nama rakan mereka yang berada sebaris dengan mereka. disebabkan lelaki itu sebaris dengan gadis itu. gadis itu bergerak aktif.


bila part mahu bertanya semua nama lelaki disitu. gadis itu bertanya kepada lelaki itu sahaja. bukan kepada pelatih lelaki yang lain. gadis itu cuba menerangkan semua nama pelatih perempuan di pihaknya. alasannya mahu perkenalan bergerak dengan cepat. lelaki itu dengan gadis itu yang hanya berbual. yang lain cuma mengganggukkan kepala sahaja.


perkenalan menjadi seronok bila. ada diantara mereka yang tidak berapa dengar siapa pelatih perempuan. lagi lah berbual si gadis dan si teruna. mereka berlaga tangan pabila mahu memperkenalkan pelatih lain. si gadis lama juga tangan mereka bertembung, tapi mereka buat tak tahu sahaja. hanya membiarkan.


ketika keluar dari kelas. si gadis terus menerpa rakannya untuk memberitahu perkara yang baru sahaja berlaku. dengan semangat gadis itu memberitahu rakan- rakannya. rakannya sungguh tidak percaya yang si gadis itu dapat menemui seorang lelaki yang dapat menambat hati gadis itu.

"mana lelaki itu?" tanya memey.
"huh? ehh. aku dah luapa lah. alamak. aku mana ingat muka dia!" kata si gadis.
memang kelemahan gadis tersebut. dia tidak dapat ingat wajah lelaki yang disukainya.
masa berlalu .
keesokaan harinya, perempuan itu matanya tidak berhenti meneliti setiap wajah lelaki semalam.
 kelas bermula. dia berjaya mengingati yang mana satu lelaki itu. hari demi hari berlalu.
gadis itu sering tersenyum pabila melihat lelaki itu. 


bila gadis itu mengalami masalah, dia akan cuba melihat lelaki itu dalam diam. tenung, perhati lelaki itu. samapai cikgu pun boleh perasan yang gadis itu sedang melihat lelaki itu. dalam class. gadis itu cuba duduk bertentangan dengan lelaki itu. supaya senang bagi dia untuk merenung. rakan si gadis cuba merapatkan hubungan antara mereka.

selama 2 bulan setengah banyak perkara yang gadis itu lakukan. dan semakin ramai juga yang perasan tentang gadis itu. sepanjang masa fikiranya pada lelaki itu sahaja. cinta gadis itu buat lelaki itu suci. semakin hari PLKN akan menghabiskan latihan. gadis itu seboleh-boleh  menghargai masa yang ada.


pada saat hari berangkatnya semua pelatih pulang. pada hari itu, hujan renyai. hujan menggambarkan perasaan mereka semua.  gadis itu tidak menentu. lelaki itu balik paling awal. sebab dia mana suka PLKN ni. gadis itu hanya memerhati lelaki itu dari jauh. 
" kalau aku jadi kau, aku kejar dia . aku akan bagitahu yang aku suka dia." kata mey.
"aku takut" itu sahaja yang dapat gadis itu ungkapkan.. 

mey rentap tangan gadis itu. berlari mengikuti lelaki itu dari belakang. 
"WEYH! bye. " mey cuba bersuara untuk menarik perhatian lelaki itu.
dia menoleh. hanya senyuman yang diberi. senyuman bersertakan lambaian tangan.
gadis itu hanya memerhati dari sebelah mey. melihat terunanya pergi.

lelaki itu melangkah keluar dari kem itu. gadis itu berhenti, air matanya keluar tanpa dapat ditahan lagi. air matanya berjujuran membasahi mukanya sama seperti hujan yang membasahi bumi. mey memeluk rakannya.  
"awak, kalau dia muslim, kita mungkin boleh tolong awak. tapi dia non-muslim. Awak, saya mahu minta maf, tidak dapat buat yang terbaik untuk awak. maafkan saya". 
gadis itu hanya menangis sambil memandang keluar. 
"mey, takpe. bukan jodoh aku. ada orang yang lebih baik. mey, kau dah buat yang paling terbaik sebenarnya. maafkan aku sebab aku tak terluah perasaan aku kat orang yang aku suka. aku tak berani macam korang semua. korang semua dah luahkan pada orang yang korang suka. tapi aku. aku lemah. aku tak kuat. hanya mampu menyukai. tapi takut untuk melafazkan kata cinta".

PENGAKHIRAN bagi seorang gadis yang teramat menyukai lelaki itu belum berakhir.

No comments:

Post a Comment