Wednesday 24 October 2012

Indah

Lautan itu nampak menarik. dari jauh.
aku cuba dekati.
lautnya berwarna biru kehijau-hijauan.
nampak ikan berlari-lari.


tanpa melengahkan masa lagi, 
tanpa berfikir panjang,
aku terus terjun.
menyelam. ingin tahu bagaimana indah kenikmatannya.

ada batu karang, ikan berwarna- warni.
Allah. SubhanaAllah. 
sungguh indah.
aku membuat keputusan, mahu selam hingga ke dasar yang paling dalam.

Ambil tangki oksigen, tapi dalamnya hanya tinggal separuh
kerana keinginan yang terlalu tinggi.
aku tetap meneruskan rencanaku.
kembali terjun.

kawan mula memberi amaran.
tidakku endahkan.
amaran itu aku tepis bagai mencurah air ke daun keladi
teruskan menyelam. pandangan mula samar.

walaupun aku tahu bahaya yang akan mengundangku.
aku endahkan.
aku hampir ke dasar lautan.
hatiku teruja.

gelap
terhimpit
tekanan tinggi
sakit.

otak inginkan aku naik ke atas..
hati inginkan aku terus masuk ke dalam. 
badanku bergerak kedasar.
aku hanya menurut.

bekalan oksigen tinggal sedikit.
"aku perlu naik"
tapi. Ahhhhhhh!!
kakiku kejang.

meronta memohon pertolongan
"Allah, tolonglah hambamu ini. tunjukkanlah jalan keluar untukku.
adakah aku akan pergi meninggalkan dunia dengan cara ini?
Allah. tolonglah hambamu :'("
bertarung dengan diri sendiri. 
takku mampu sentuh ke dasar lautan yang megah ini.

aku tahu, lautan ini tidak akan menolongku.
lautan takkan menjeluakkan aku.
adakah aku akan digigit dimamah ikan jerung?
atau mati reput dimakan usia.

tiada jalan lain.
aku akan mati. matiku tiada siapa yang tahu.
aku akan pergi. pergiku dengan keizinan Allah.
aku terpaksa pergi. mataku rapat lelapnya.

"aku terpaksa pergi. perlahan lahan aku akan pergi. 
maafkan aku, aku telah masuk terjerumus dalam lautan yang tak mampu aku tangani.
aku faham perasaan kau.
sangat faham".

CAHAYA. PANAS. ANGIN.
dimana aku? Syurga?
tidak. aku masih hidup.
bunyi burung berkicau.
aku berada atas daratan.


aku terselamat!
Alhamdulillah Allah, syukur.
masih merasai kenikmatan hidup.
tapi. siapa yang menyelamatkan aku?

siapakah yang menyelamatkan aku?
itu persoalan yang berlegar dalam benakku. 

No comments:

Post a Comment