Friday 8 June 2012

KAHWIN AWAL

kahwin awal.
aku rasa sekarang ni ramai dah budak remaja nak kahwin awal. dah ramai nak satukan keluarga dengan cepat.
mungkin antara sebab kenapa nak kahwin awal sebab terpengaruh dengan

  • TAK NAK BERLAKUNYA MAKSIAT 
  • TERINGIN HIDUP SEBAGAI SUAMI ISTERI
  • TIADA LAGI HARAM BAGI MEREKA
  • CERITA VANILLA COKLAT
  • TERTARIK DENGAN CERITA KOREA.
 sound like weird kan? tapi itulah. aku memang cepat terpengaruh dengan cerita, serious.  banyak sebenarnya sebab sebab. aku pun nak kahwin awal. sapa tak nak kahwin. ikut sunnah NABI MUHAMMAD S.A.W. nabi tak mengaku umat kepada golongan yang tak kahwin. nauzubillah.

sekarang ni orang dah tak cari makwe pakwe ni semua. orang mencari ISTERI DAN SUAMI.
jadilah seorang isteri atau suami yang bertanggungjawab. kalau dulu dulu, ibu ayah yang jodohkan anak-anaknya. ehh. sekarang zaman dah maju. anak mencari jodohnya sendiri. tapi kalau ibu ayah yang cari, insyaAllah, sejahtera perkhawinanmu.tapi masih ada lagi orang yang mahukan ibu bapanya mencari jodoh untuk mereka. kadang kadang sweet kalau macam tu. bercinta selepas kahwin. aku  rasa ramai jugak yang prefer macam tu. macam kahwin contract lah. mula mula tak suka. tapi dah bersama selama beberapa tahun. mereka mambatalkan contract tu. alahh. macam dalam cerita. cerita korea paling banyak.

kahwin awal bukan satu perkara yang merumitkan.
kadang kadang banyak persoalan yang terlintas dalam kepala anak muda zaman sekarang. ada 6 lazim soalan yang sering bermain main dalam fikiran.
antaranya :D


1. Kahwin waktu masih belajar, adakah tidak mengganggu pelajaran? 

adakah kahwin awal itu menggangu pelajaran? TIDAK.  Sepatutnya, kahwin awal lebih memberi kita semangat yang membara. sudah ada pasangan yang halal dan akan sentiasa menyokong kita, mesti la lagi bersemangat mahu belajar kan?

Lagi satu, orang yang sudah kahwin ni akan berasa lebih bertanggungjawab dari sebelum kahwin. Sebab mereka tahu bahawa mereka punya pasangan untuk dijaga, jadi mereka pun akan berusaha untuk buat yang terbaik bagi pasangan mereka. Apa-apa pun, tengok ibu bapa kita saja sebagai contoh. Sudah kahwin, tapi adakah mengganggu kerja mereka? MENGGANGGUKAH?


2. Saya masih belajar, macam mana mahu bagi nafkah pada isteri kalau belum ada kerja? 


Firman Allah : "Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu, dan orang-orang yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurnia-Nya kerana Allah Maha Luas (rahmat-Nya dan limpah kurnia-Nya), lagi Maha Mengetahui." (An-Nur:32)


Jadi, sementara masih belum ada kerja, suami berilah nafkah yang termampu kepada isteri. Mungkin RM100 atau RM200 sebulan? Bergantung kepada berapa banyak isteri gunakan untuk makan. Lagipun, isteri jugak ada wang, jadi tak perlu rasa ada masalah di situ. Yang penting dua-dua masih dapat hidup. Lain la kalau isteri demand kereta, rumah, rantai emas, baju berlambak-lambak, dan macam-macam lagi. Jadi, sepatutnya tiada masalah dalam bab nafkah.

Cuba kita tengok orang Arab zaman Nabi dulu. Adakah kebanyakan daripada mereka orang berharta? Tidak. Mereka cuma mampu memberi isteri makan makanan setakat yang mereka mampu beri. Itu pun sudah mencukupi untuk dijadikan nafkah. Nabi tak larang pun orang miskin berkahwin. Jangan jadikan kekurangan wang sebagai penghalang perkahwinan. Itu namanya menyalahkan takdir Allah.


3. Macam mana mahu cari modal untuk majlis perkahwinan? 

Apa perkara asas dalam kahwin? Ya, akad nikah dan walimatul urus. Merisik dan bertunang tu bukan wajib pun. Jadi, potong kos seperti bagi hantaran waktu merisik dan bertunang, sudah jimat wang. Waktu akad nikah pun, jemputlah keluarga terdekat dengan kawan-kawan saja yang dapat datang. Berdosa bila tidak menghadiri jemputan walimatul urus.

Jadi, jimat sikit kos kenduri. Buang wang saja sewa pelamin, sewa baju pengantin, sewa jurukamera dengan mak andam semua tu kerana ia termasuk dalam hal-hal yang sia-sia. Mas kahwin pun tidak perlu tinggi-tinggi kerana sebaik-baik mahar adalah yang paling rendah. Mudah saja majlis perkahwinan dalam agama Islam. Tidak sampai berpuluh-puluh ribu pun.
manusia sekarang je nak grand grand. memanglah sekali dalam hidup. ya. tapi bersanding tu kan tidak boleh.

Sabda Rasulullah S.A.W. : "Tiga golongan yang akan selalu diberi pertolongan oleh Allah ialah seorang mujahid yang selalu memperjuangkan agama Allah S.W.T., seorang penulis yang selalu memberi penawar dan seorang yang menikah demi menjaga kehormatan dirinya." (H.R. Thabrani)

4. Tidak terlalu awalkah untuk saya berkahwin? 

Sabda Rasulullah S.A.W. : "Apabila datang kepadamu seorang laki-laki untuk meminang, yang engkau redha terhadap agama dan akhlaknya, maka nikahkanlah dia. Bila tidak engkau lakukan maka akan terjadi fitnah di muka bumi dan akan timbul kerosakan yang merata di muka bumi." (H.R. Tirmidzi dan Ahmad) 

Kalau rasa dengan kahwin boleh buat semangat untuk belajar semakin meningkat, kahwin la. Kalau rasa kahwin boleh buat diri semakin bersemangat dalam agama, kahwin la. Kalau rasa kahwin boleh elak daripada fitnah dan maksiat, kahwin la. Itu maksudnya, kahwin memang perlu di usia muda. Benda yang baik, jangan dilambatkan. Takut kelak bertukar menjadi benda yang tidak baik. 

kalau anda rasa itu bagus untuk anda. apa salahnya. terpulang pada anda,. tapi perkara yang baik, takkan nak lambat-lambatkan. mendirikan masjid itu kan perkara yang bagus. :D

5. Bersediakah saya untuk kahwin awal? 

Ini soalan paling bagus ditanya kepada diri sendiri. Tanya dulu soalan asas ni. Sudahkah saya solat penuh 5 kali sehari semalam?  Sudah bertanggungjawabkah saya? Adakah saya panas baran atau penyabar? Adakah saya seorang yang bercakap menggunakan akal atau bertindak menggunakan akal di lutut? adakah saya telah menjaga kedua ibu bapa saya dengan baik sekali?

banyak persoalan yang perlu ditanya kepada diri sendiri sebelum kita menjaga anak orang. tapi insyaAllah, selalunya kita akan mendengar cakap orang yang kita suka, carilah seorang isteri atau suami yang boleh menjaga dan membawa kamu hingga ke syurga. insyaAllah.

6. Macam mana dengan restu ibu bapa? 

Ya, ini la benda paling susah bila mahu kahwin awal. Faktor penghalang paling utama. Kalau kita dapat menjelaskan dengan baik kepada ibu bapa dan mereka faham, insyaAllah tiada masalah untuk berkahwin awal. Tapi kalau ibu bapa kita susah mahu terima sebab fikiran mereka masih terikat dengan fikiran tipikal masyarakat Melayu sekarang ni yang lebih terpengaruh kepada adat dan cerekarama di tv semata-mata, serta pemikiran risau akan tak cukup wang nak sara anak dara orang, sudah tentu mereka tidak akan terima setiap hujah yang diberikan seperti di atas. 

Apa-apa pun, saya doakan yang terbaik untuk mereka yang mahu kahwin awal supaya cepat bertemu jodoh. Ingat, bila seseorang itu berkahwin kerana ingin mengikut sunnah Rasulullah sudah, maka terbukalah segala pintu rezeki untuknya. Lihat, betapa banyaknya kelebihan kahwin awal. Fikiran kita yang sempit saja membuatkan kahwin ni nampak terlalu susah sangat.

Umar bin al-Khattab r.a telah berkata : "Kahwinlah anak-anak kamu apabila sampai baligh, janganlah kamu menanggung dosa-dosa mereka." (Disebut oleh Ibnu Jauzi dalam Ahkam An-Nisa) 



akhir kata, kahwin awal ini ada jugak yang bagusnya. janganlah melambat-lambatkan jika sudah terjumpa pasangan yang sesuai. kita hanya mampu merancang, Allah yang menentukan. sembahyang lah solat sunat istikharah. insyaAllah.


gambar pra perkahwinan yasmin hani dan shaarin

No comments:

Post a Comment